Ikuti Kami:

Muat Naik Gambar Haiwan Peliharaan Sama, Hubungan Jung Kyungho & Choi Sooyoung Kekal Utuh Selama 9 Tahun

Muat Naik Gambar Haiwan Peliharaan Sama, Hubungan Jung Kyungho & Choi Sooyoung Kekal Utuh Selama 9 Tahun

Banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui apabila anda menjalinkan hubungan cinta dalam jangka masa yang lama, tetapi nampaknya pasangan Choi Soo-young (Girls’ Generation) dan Jung Kyung-ho berjaya melalui halangan tersebut selama 9 tahun lamanya. Wow!

Baru-baru ini, pelakon lelaki yang semakin popular kerana membintangi “Hospital Playlist” telah memuat naik gambar kedua anjing peliharaannya iaitu Ho-young dan Ae-bong bersama kek yang mempunyai figura haiwan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

우왓😆😲🤗🤭☺️👍🏻 #탄앤쿠키 @tan_n_cookie

A post shared by 정경호 / 정스타 (@jstar_allallj) on

Hoyoung♥Aebong ♥ Mari bersama selama yang boleh ♥

Dikhabarkan bahawa nama ‘Ho-young’ diambil sempena gabungan nama Choi Soo-young dan Jung Kyung-ho. Comelnya!

Bahkan Soo-young juga telah memuat naik gambar yang sama di Instagram Storynya pada hari berikutnya. Daripada ini, netizen berasa terharu melihat hubungan cinta antara dua selebriti ini yang kukuh sehingga ke hari ini.

anjing peliharaan jung kyungho dan choi sooyoung

Meskipun tidak pernah memuat naik gambar bersama tetapi gambar lain di mana Soo-young sering kelihatan ditemani anjing peliharaan Jung Kyung-ho membuktikan hubungan mereka yang masih berlangsung seperti biasa.

anjing peliharaan jung kyungho dan choi sooyoung

Bagi yang tidak mengetahui, kedua pelakon ini mengakui bahawa mereka mula bercinta sejak September 2012 dan merupakan antara pasangan yang mempunyai hubungan paling lama dalam industri seni Korea.

Semoga hubungan ini membawa sehingga ke gerbang perkahwinan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...