Ikuti Kami:

Muat Naik Gambar BIG BANG Berlima, Netizen Kesal G-Dragon Seperti Tidak Hirau Perbuatan Jenayah Seungri

Muat Naik Gambar BIG BANG Berlima, Netizen Kesal G-Dragon Seperti Tidak Hirau Perbuatan Jenayah Seungri

Semua pasti tahu mengenai kisah Seung-ri bekas ahli kumpulan BIG BANG yang dikatakan terlibat dengan pelbagai tuduhan jenayah seperti melanggan pelacur, penggelapan wang dan banyak lagi. Walaupun pelbagai bukti dikemukan tetapi nampaknya lelaki itu masih terlepas bebas selepas dua kali waran tangkap yang diisukan oleh pihak pendakwa ditolak oleh mahkamah.

Disebabkan oleh kontroversi yang diselubungi oleh lelaki itu sehingga menerima kecaman orang ramai, dia telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan idola popular itu dan juga menamatkan kontrak dengan YG Entertainment. Malahan sekarang ini, Seung-ri telah pun mendaftarkan diri ke dalam kem tentera bagi menjalalankan latihan khidmat ketenteraan selama dua tahun.

seungri didakwa tapi tidak ditahan

Beberapa hari lepas, rakan selebriti itu dan juga ahli kumpulan BIG BANG iaitu G-Dragon telah berpindah ke sebuah kompleks apartment mewah bertempat di Foret Gallaria di Seongsu-dong, Seoul. Mengejutkan kerana harga kediaman itu bernilai 9 billion won (RM32 juta). Wow!

Tapi melihatkan kejayaannya sebagai seorang artis, tidak peliklah lelaki itu mampu berbelanja sebanyak itu tanpa perlu berasa risau. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila mereka dapat melihat gambar karikatur kesemua lima ahli BIG BANG yang terletak di satu sudut rumah barunya itu.

g-dragon muat naik gambar big bang berlima

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan G-Dragon kerana sepertinya masih menunjukkan sokongan kepada Seung-ri walaupun dia sudah pun terbabit dengan pelbagai jenayah berat. Malahan lelaki ini yang turut terkenal sebagai penyanyi dan penulis lirik ini juga diheret sekali oleh netizen kerana beberapa kali pernah dikaitkan dengan tuduhan pengambilan dadah.

Kebanyakan peminat yang percaya bahawa Seungri tidak bersalah nyata gembira melihat gambar yang di muat naik G-Dragon ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...