Nampaknya, V BTS makin sibuk dengan aktivitinya sekarang ini.

Terbaru, V telah memuat naik satu entri memaparkan beberapa keping gambar dipenuhi dengan aura artistiknya yang unik, di laman Instagram.
Penyanyi itu meningkatkan keterujaan peminat kerana ramai yang menebak bahawa dia berkemungkinan bakal melancarkan projek baru tak lama lagi.
View this post on Instagram
Kemudian, peminatnya telah memberi pelbagai reaksi terhadap entri penyanyi itu. Antaranya adalah,
Gempaklah, gambar V BTS. Wow!
Bila masa dia mengambil semua gambar ni?
Kim Tae-hyung, ini semua hebat! Mereka kelihatan seperti filem.
Apakah jenis penggambaran ini? Aura dia sangat hebat!
V ni memang ada aura dia tersendiri!
Kalau nak tahu untuk projek apa, sama-sama kita nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉