Ikuti Kami:

Muat Naik Foto ‘Spoiler’ Untuk Muzikal Akan Datang, Kei Bekas Ahli LOVELYZ Dikritik Atas Sikap Cuai

Muat Naik Foto ‘Spoiler’ Untuk Muzikal Akan Datang, Kei Bekas Ahli LOVELYZ Dikritik Atas Sikap Cuai

Kei bekas ahli LOVELYZ baru-baru ini telah dikritik atas sikap cuainya.

Pada 18 Januari, Kei telah memuat naik 4 foto beserta kapsyen emoji epal, di Instagram peribadinya. Dalam gambar yang dikeluarkan, Kei dilihat memakai pakaian hitam dan dia juga mempunyai gaya rambut kuncir.

Foto itu cepat tersebar di media sosial dan komuniti dalam talian, kerana peminat percaya Kei sedang memberi ‘spoiler’ untuk muzikalnya “Death Note” yang akan datang. Kei kemudiannya terus memadam entri berkenaan.

kei spoiler death note musical

Dalam foto yang dimuat naik, dia dilihat memakai pakaian hitam dengan separuh rambutnya diikat kuncir. Pakaian ‘gothic’ hitam Kei menyerupai pakaian yang dipakai oleh watak “Death Note”, Misa Amane. Isunya di sini ialah, tidak banyak maklumat yang telah didedahkan tentang muzikal itu, kecuali berkenaan Kei yang telah disahkan menjadi sebahagian daripadanya. Sebarang maklumat tentang muzikal “Death Note” telah dirahsiakan. Maklumat tentang watak yang akan dimainkan oleh Kei juga tidak didedahkan, sehingga entri terbaru yang dimuat naiknya.

Oleh yang demikian, syarikat produksi muzikal itu berada dalam situasi yang sukar, kerana syarikat produksi biasanya akan mendedahkan watak-watak dalam susunan berurutan hanya beberapa hari sebelum tayangan perdana, sebagai pelan pemasaran. Walau bagaimanapun, sejak Kei mendedahkan wataknya, syarikat itu kini harus mengubah pelannya.

kei lovelyz death note

Disebabkan apa yang telah berlaku, ramai peminat dan netizen mengkritik Kei atas sikap cuainya, dan diharapkan agar lebih berhati-hati selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...