Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Baru Selepas Dedah Dibuli Jimin Dalam AOA, Netizen Sedih Lihat Parut Kelar Pada Mina

Muat Naik Foto Baru Selepas Dedah Dibuli Jimin Dalam AOA, Netizen Sedih Lihat Parut Kelar Pada Mina

Beberapa minggu lepas, ramai peminat K-Pop dikejutkan dengan pengakuan berani bekas ahli AOA iaitu Mi-na mengenai kisahnya yang dibuli selama 10 tahun oleh ketua kumpulan itu. Bukan sahaja dipukul malahan gadis itu sering dilemparkan dengan kata-kata yang kurang enak oleh Ji-min.

Selepas meluahkan segalanya di laman Instagram, Mi-na mendedahkan bahawa Ji-min telah membawa staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain untuk berbincang di rumahnya. Namun begitu, gadis itu meluahkan bahawa dia tidak merasakan keikhlasan ketua kumpulan tersebut.

jimin aoa buli mina

Dari kiri: Ji-min dan Mi-na

Semasa pendedahan itu juga, Mi-na ada memuat naik gambar pergelangan tangannya yang dikelar. Parut yang masih lagi kemerahan dan menebal meskipun sudah beberapa kali melalui proses pemulihan menerusi rawatan laser itu nyata membuatkan peminat berasa jatuh kasihan dengan gadis itu.

aoa buli mina

Selepas semuanya diselesaikan termasuklah Ji-min yang membuat keputusan untuk keluar AOA dan seterusnya turut meninggalkan industri seni, Mi-na berjanji akan menjalani kehidupannya dengan baik.

Terbaru, gadis itu ada berkongsi beberapa gambar yang telah diambil oleh jurugambar bernama Kim Ga-yeong sekadar untuk suka-suka. Namun kebanyakan netizen meluahkan ras sedih apabila melihat kesan parut yang masih lagi kelihatan di pergelangan tangan kirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 권민아 우리액터스 actress (@kvwowv) on

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata semangat kepada Mi-na dan berterima kasih kerana kuat dalam menghadapi dugaan tersebut sehingga kini.

Terima kasih kerana selesa untuk berkongsi parut itu.

 

Sentiasa sihat dan makan dengan baik.

 

Jangan lupa jaga badan awak.

Meskipun perit untuk melihatnya, tetapi semua mendoakan Mi-na supaya terus kuat untuk menjalani rawatan dan membuka lembaran hidup yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...