Ikuti Kami:

Muat Naik Bait Lirik Di Instagram, Ahn Jaehyun Tuju Kepada Gu Hyesun?

Muat Naik Bait Lirik Di Instagram, Ahn Jaehyun Tuju Kepada Gu Hyesun?

Rasanya semua sudah sedia tahu dengan kemelut rumah tangga pasangan pelakon terkenal iaitu Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun. Walaupun masing-masing sepertinya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripada satu sama lain tetapi urusan penceraian mereka masih dalam proses mahkamah.

Ahn Jaehyun juga kelihatan terkesan dengan isu tersebut kerana dia telah memadam kesemua gambar daripada laman Instagram rasminya. Mungkin ingin mahukan permulaan baru dalam hidupnya. Tetapi baru-baru ini, dia mula memuat naik kembali entri di laman media sosial tersebut.

ahn jaehyun

Kelmarin, pelakon lelaki itu telah memuat naik satu tangkapan skrin daripada lirik lagu “Love Yourself” dendangan penyanyi Amerika Syarikat iaitu Justin Beiber. Yang menarik perhatian netizen ialah bait lirik yang ditekankan olehnya itu. “Sekarang saya tahu, lebih baik saya tidur sendiri.” dan “Jikalau awak suka dengan rupa awak, oh baby, awak patut pergi dan sayangi diri sendiri.”

instagram ahn jaehyun

Walaupun segelintir peminat mengatakan bahawa Ahn Jaehyun tiada niat lain ketika memuat naik tangkapan skrin itu tetapi ada beberapa netizen yang mengaitkan entri tersebut dengan Gu Hyesun.

“Rasanya semua boleh nampak yang dia tujukan mesej ini kepada si dia.”

“Tak pasti tetapi mungkin Ahn Jaehyun berniat menghantar lirik tersebut kepada seseorang.”

Tak pastilah maksud disebalik entri itu. Mungkin Ahn Jaehyun tiada maksud tersirat tetapi siapa tahu kan?

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...