Ikuti Kami:

“Muat Ke Semua Organ Dalam Badannya Itu?”-Pinggang Kerengga Lisa Buat Netizen Sebut ‘Wow’

“Muat Ke Semua Organ Dalam Badannya Itu?”-Pinggang Kerengga Lisa Buat Netizen Sebut ‘Wow’

Memang tidak dinafikan bahawa ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa mempunyai peminat yang sangat ramai. Bukan sahaja popular di Korea bahkan sangat terkenal sehingga ke pelosok dunia. Buktinya ialah idola itu memegang rekod sebagai artis K-Pop yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram iaitu mencecah lebih 25 juta orang!

Ada sebab kenapa Lisa sentiasa menjadi sebutan netizen. Antaranya ialah kerana tariannya yang memukau dan nampak tajam. Tapi tak menghairankan pun sebab dia sudah berlatih menari sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu, Lisa juga mempunyai rupa paras yang cantik sehingga mencairkan hati ramai peminat. Tubuh badannya yang ramping juga menjadi idaman para wanita dan ramai yang melalui diet supaya dapat kelihatan sepertinya.

Baru-baru ini, Lisa telah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia memunculkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon kerana ingin terbang ke Paris Fashion Week atas jemputan jenama fesyen ‘Celine’. Walaupun tampil ringkas dengan mengenakan seluar jeans dan sweater, pinggangnya yang ramping itu membuatkan semua yang melihatnya melopong.

lisa blackpink ramping kerengga

lisa blackpink pinggang kerengga

Rata-rata netizen kagum melihat pinggang ‘kerengga’nya itu. Semuanya cemburu dan ingin kelihatan sepertinya.

“Wow, lihat sahaja pinggangnya… macam mana dia boleh menyanyi, menari, dan melakukan persembahan dengan badan seperti itu??? Ini menunjukkan bahawa tak semua orang boleh jadi selebriti, terutamanya menjadi ahli kumpulan wanita.”

“Dia nampak seperti kehilangan berat badan yang banyak.”

“Tapi dia dan Rosé nampak terlampau kurus.”

“Adakah semua organ muat dalam badannya itu?”

“Badannya seperti patung.”

“Dengan anggotanya yang panjang, patutlah dia penari yang hebat.”

Memang ramai wanita yang menjadikan bentuk tubuh Lisa sebagai badan ideal atau sasaran mereka. Tapi diingatkan, semua orang mempunyai kemampuan badan yang berlainan, jadi jangan paksa diri untuk jadi sesuatu yang tidak bersesuaian. Nanti sakit, Lisa tak boleh tolong pun.

Sumber: Netizenbuzz, xsportnews, thewebdaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...