Ikuti Kami:

Momo TWICE Rilis Cover Lagu Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Momo TWICE Rilis Cover Lagu Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Momo TWICE meraikan ulang tahun kelahirannya dengan cover lagu “Back To The Beginning” oleh Lee Bo-ram!

Pada 9 November 2021, Momo memuat naik video cover lagu pada akaun media sosial rasmi TWICE sempena hari lahirnya.

Ia juga mendedahkan bahawa Momo merakam dan menyunting video cover lagu itu sendiri.

twice momoMomo mengakhiri video itu dengan sepucuk surat kepada peminatnya,

ONCE (nama kelab peminat TWICE), terima kasih kerana mengucapkan selamat ulang tahun dan memberi saya kasih sayang setiap tahun. Saya sangat terharu. Saya membuat video ini dan menyuntingnya sendiri untuk menghargai ONCE tersayang. Ia tidak cukup jika dibandingkan dengan cinta  yang kamu telah berikan buat saya, tetapi saya harap anda menyukainya. Terima kasih banyak kerana sentiasa memberi saya banyak kasih sayang.

Hashtag #OurBestfriendMomo juga telah trend seluruh dunia semalam, ketika peminat meraikan ulang tahun Momo.

Selamat ulang tahun Momo! Jom dengar lagu cover oleh Momo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...