Ikuti Kami:

Model Kanak-kanak, Ella Gross Guna Produk Kecantikan Mencecah Ribuan Ringgit?!

Model Kanak-kanak, Ella Gross Guna Produk Kecantikan Mencecah Ribuan Ringgit?!

Pasti semua kenal dengan Ella Gross iaitu seorang model cilik dari Korea Selatan yang kerap memenuhi ruang iklan bagi jenama-jenama terkenal dunia seperti GAP dan Levi’s.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak berusia 11 tahun ini juga popular di Instagram dan mempunyai 3.5 juta pengikut di laman sosial itu!

ella_gross

Ella kerap dipanggil sebagai ‘si kecil Jennie’ kerana wajahnya yang ada iras dengan ahli kumpulan BlackPink tersebut.

Terbaru, Ella telah berkongsi satu video di mana dia menunjukkan rutin penjagaan wajahnya pada setiap hari.

Tapi yang menarik perhatian netizen Malaysia ialah produk kecantikan yang digunakannya mencecah hampir ribuan ringgit! Apa?!

ella_gross

ella_lamer

Kebanyakan netizen melahirkan rasa terkejut kerana Ella yang masih kanak-kanak mampu berbelanja ribuan ringgit untuk menjaga kecantikan wajahnya.

Tak kurang juga yang hairan sama ada kanak-kanak berusia 11 tahun memerlukan rutin penjagaan wajah yang rigid sedemikian rupa sekali.

ella_netizen

Menurut sumber lain, Ella merupakan salah satu duta untuk produk La Mer bagi kempen ‘Save the Ocean’, jadi berkemungkinan besar dia sedang mempromosikannya.

ella_duta

Nama pun model kan, mestilah kena jaga wajah. Aset penting tu!

Sumber: Twitter, Ella Gross

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...