Ikuti Kami:

MJ Astro Akan Debut Sebagai Artis Solo Bulan Depan

MJ Astro Akan Debut Sebagai Artis Solo Bulan Depan

Menurut laporan media pada 14 Oktober, vokalis utama kumpulan ASTRO, MJ sedang dalam persiapan untuk memulakan debut secara solo!

Orang dalam industri mengatakan bahawa MJ kini sedang mengusahakan lagu debut solo bergenre semi-trot, yang disusun dan ditulis oleh naib juara “Mister Trot”, Young Tak.

MJ pernah mempersembahkan lagu solo trot pertamanya “Cheok Cheok (Don’t Do It)” semasa konsert ASTRO ke-2, tetapi ini merupakan debutnya secara rasmi sebagai artis solo. MJ juga dijangka menjadi ahli pertama ASTRO yang mengeluarkan album solo rasmi.

MJ Astro

Sementara itu, MJ juga menunjukkan cintanya kepada genre trot, sebagai ahli kumpulan trot projek Super Five. Nantikan maklumat lanjut mengenai album debut solo MJ, yang akan dilancarkan beberapa bulan depan!

Tak sabarnya nak dengar lagu solo MJ!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...