Ikuti Kami:

Misteri Terungkai, ‘Hometown’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja

Misteri Terungkai, ‘Hometown’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja

Tamat sudah “Hometown” yang menemani kita selama 12 episod. Apa perasaan anda?

Sinopsis

Drama thriller misteri ini berlatarbelakangkan sebuah kampung terpencil pada tahun 1999. Ia menampilkan seorang detektif bernama Choi Hyung-in (Yoo Jae-myung) yang menyiasat pelbagai pembunuhan pelik dan seorang wanita bernama Jo Jung-hyun (Han Ye-ri) yang mencari anak saudaranya yang diculik. Kehidupan keduanya berbelit apabila Jo Kyung-ho (Um Tae-goo), iaitu abang Jo Jung-hyun yang meringkuk dalam penjara merupakan dalang disebalik insiden serangan gas pada 1987, di mana ia membunuh isteri Choi Hyung-in.

Misteri dirungkai

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir, Choi Hyung-in mendapat tahu bahawa Jo Jae-young (Lee Re) sebenarnya ialah anak perempuannya sendiri. Bagi menyelamatkan anaknya, polis itu bertindak membunuh Jo Kyung-ho dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Manakala Jo Jae-young dan Jo Jung-hyeon berjaya melarikan diri dari kumpulan ajaran sesat Yeongjin-kyo.

tvn hometown

Rating kekal 1%

Bermula baik hingga pernah mencecah rating 3% namun ianya terus merudum sampai episod terakhir. Sepanjang 8 episod terakhir, “Hometown” terpaksa berpuas hati dengan rekod dalam lingkungan 1% sahaja di mana episod akhir meraih catatan sebanyak 1.5%.

Korang layan tak “Hometown”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...