Ikuti Kami:

“Miskin Tapi Beg Cecah RM17K” – Ramai Persoal Gaya ‘Kaya’ Suzy Meskipun Watak Susah Dalam ‘Start-Up’

“Miskin Tapi Beg Cecah RM17K” – Ramai Persoal Gaya ‘Kaya’ Suzy Meskipun Watak Susah Dalam ‘Start-Up’

Rasanya ramai yang dah tersangkut dengan drama “Start-Up” yang baru ditayangkan beberapa hari lepas kan?

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Malah ia diterajui oleh pelakon hebat seperti Kim Seon-ho, Kang Han-na, Nam Joo-hyuk dan Bae Suzy.

tvn start-up

Bagi sesiapa yang sudah menonton, anda pasti tahu tentang watak Suzy iaitu Seo Dal-mi yang hidup kesusahan selepas ibunya membawa lari kakaknya iaitu Won In-jae (Kang Han-na) dan memulakan kehidupan bersama keluarga kaya sesudah kematian ayahnya.

Walaubagaimanapun, penampilan Seo Dal-mi yang tak seperti orang susah membuatkan ia menjadi perdebatan hangat di laman sosial. Ramai yang terhibur apabila melihat harga aksesori wanita itu!

suzy start-up

Dengan kapsyen entri tersebut, dapat dilihat bahawa Seo Dal-mi yang kononnya tak mampu beli kasut baru tapi boleh memiliki telefon bimbit model Samsung terbaru selain beg tangan jenama Dior yang mencecah harga RM17,000. Macam tak masuk akal!

Kalau anda nak tahu, Suzy sebenarnya merupakan antara wajah untuk jenama Dior, jadi tak peliklah kenapa barangan daripada jenama mewah itu digunakan di dalam drama “Start-Up” sebagai tujuan tajaan. Tapi yang tak masuk akalnya kerana watak itu sepatutnya merupakan seorang yang susah, jadi macam tak kena sekiranya digayakan seperti orang kaya. Kan?

suzy start-up suzy start-up suzy start-up suzy start-up suzy start-up suzy start-up

suzy start-up

Agaknya ini adalah salah satu ‘kepincangan’ dalam K-Drama meskipun ramai yang selalu puji naskhah daripada sana sangat sempurna. Tapi asalkan semua tiada masalah dengannya, memang best pun cerita ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...