Ikuti Kami:

Minat Jennie, Han Sohee Kongsi Sering Dengar Lagu BLACKPINK Yang ‘Ini’ Kini

Minat Jennie, Han Sohee Kongsi Sering Dengar Lagu BLACKPINK Yang ‘Ini’ Kini

Pelakon Han So-hee nampaknya tidak malu untuk meluahkan rasa cintanya pada kumpulan BLACKPINK.

Baru-baru ini, Han So-hee telah menjawab beberapa soalan dari peminat menerusi video yang dikeluarkan oleh BYS Cosmetics PH.

Soalan pertama yang ditanya adalah,

Apakah jenis muzik yang awak suka? Lagu apa yang awak dengar sekarang?

Jawab pelakon wanita itu,

Seperti yang anda ketahui, BLACKPINK telah membuat kemunculan semula mereka baru-baru ini. Jadi, saya banyak mendengar lagu mereka ‘Pink Venom’.

Kemudian, Han So-hee juga turut berkongsi mengenai apa yang dia mimpikan baru-baru ini, dengan berkata,

Saya tidak terlalu bermimpi pada masa kini, tetapi dalam satu mimpi, saya sedang berenang di lautan. Airnya memang kotor tetapi saya seronok berenang.

Sementara itu, Han So-hee pernah mendedahkan bahawa Jennie adalah ahli kegemarannya dalam BLACKPINK.

Wah, Han So-hee pun ‘Blink’ tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...