Ikuti Kami:

Mina Dedah Ada 4 Mangsa Buli Jimin, Seorang Sudah Meninggal Dunia

Mina Dedah Ada 4 Mangsa Buli Jimin, Seorang Sudah Meninggal Dunia

Meskipun sudah lama didedahkan, Mina, bekas ahli AOA masih lagi tidak habis bercerita mengenai perlakuan ketuanya, Shin Ji-min.

Pada 6 September, wanita itu meluahkan menerusi Instagram,

Terdapat beberapa mangsanya, dan saya merupakan yang masih bertahan. Saya menyimpan hal ini untuk menfailkan saman tapi terdapat 4 mangsa termasuk saya dan salah seorang daripada mereka sudah pun meninggal dunia.

jimin aoa buli minaDalam satu entri yang lain kemudian, Mina meluahkan rasa kesal dengan tuduhan sesetengah individu. Katanya, saman terhadap Ji-min masih lagi berlangsung dan dia langsung tidak bergurau mengenainya.

Pada siapa yang saya perlu luahkan sekiranya mangsa yang tidak terbela dan mahu membongkarkan kebenaran disuruh supaya menutup mulutnya? Saya masih lagi bertahan dan saya berharap agar semua tahu. Meri hentikan perbualan ini, saya tidak main-main.

Dalam pada itu, Mina ada mendedahkan sebelum ini bahawa hanya Shin Ji-min yang membulinya, bukan ahli AOA yang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...