Ikuti Kami:

Mina Cuba Ambil Nyawa Sendiri Lagi, Dedah Sebab ‘Unfollow’ Semua Ahli AOA

Mina Cuba Ambil Nyawa Sendiri Lagi, Dedah Sebab ‘Unfollow’ Semua Ahli AOA

Meskipun sudah hampir sebulan berlalu mengenai pendedahan kes buli Ji-min terhadap salah seorang bekas ahli AOA iaitu Mi-na, nampaknya keadaan masih belum lagi reda.

[Amaran: Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri] 

Terbaru, Mi-na mendedahkan bahawa dia sekali lagi cuba mengambil nyawanya sendiri selepas terbaca mesej yang ditulis oleh salah seorang kakitangan FNC Entertainment (agensi naungan AOA).

Saya akan luahkan semuanya. Sebelum apa-apa, peminat dan juga orang awam, jangan risau. Saya telah melakukan satu penggambaran foto yang sangat menyeronokkan. Insiden ini terjadi selepas kejadian yang berlaku baru-baru ini dengan seorang wakil FNC di KakaoTalk.

Kakak yang katanya datang untuk memohon maaf, adakah dia meminta maaf pada orang yang betul? Jangan tipu. Selepas meminta maaf, mereka kata akan periksa lagi nanti. Tak lama kemudian, mereka katakan yang dia merayu memohon maaf?

kwon mina cuba bunuh diri

Jikalau orang yang datang untuk meminta maaf membuka mata seluasnya dan mencari pisau, walaupun saya tak ingat cara percakapannya, pandangan mata itu tak akan dapat saya lupakan. Perkataan maaf apa yang boleh saya terima ketika itu? Saya putus asa.

Apa pun, saya terkejut melihat mesej yang dihantar oleh wakil FNC, jadi saya cuba membunuh diri lagi tetapi adik kepada pengurus saya telah berlari datang dan membawa saya ke hospital universiti. Saya mengelar tangan terlalu banyak sehingga kini saya dah kehilangan semua saraf di pergelangan tangan, jadi mereka tidak lagi memberi ubat bius dan terus sahaja menjahit luka tersebut dengan jarum dan benang. Mereka turut memberikan saya dengan ubat tahan sakit untuk mengekang rasa sakit itu, dan para doktor mengalami masa yang sukar… saya berasa sangat bersalah. Apa yang awak suka sangat mengenai saya? Pengurus saya yang sebelum ini juga masih lagi berada dengan saya, seperti seorang penjaga…

Pada akhir kenyataan kakak itu, saya tak tahu siapa yang suruh dia melakukannya, tapi dia menukarnya daripada ‘buat Mi-na’ kepada ‘permohonan maaf buat Mi-na.’ Kenapa dia mahu mohon maaf kepada anjing saya? Dia katakan yang dia akan hentikan semua aktiviti seni tapi saya rasakan dia akan kembali apabila semuanya sudah kembali tenang. Saya tak boleh melihat perkara itu daripada berlaku. Saya terseksa lebih daripada itu selama 111 tahun lamanya. Tapi orang di YouTube dan Instagram mengatakan ‘Kenapa awak begini?’ Sekurang-kurangnya saya tidak menipu padanya dan dia juga tidak mengetahui apa yang saya lalui. Saya tiada apa yang perlu disorokkan.

Dia mengatakan bahawa semuanya fiksyen, tetapi pengurusnya meminta dia memadam entri tersebut. Pengurus saya menyuruh saya mengambil ubatan dan tidur dengan tenang malah FNC sendiri mengatakan bahawa mereka mengalami masa yang sukar kerana orang itu. Mereka menyediakan saya dengan pakar psikiatri dan saya terfikir sama ada mereka benar-benar peduli tentang saya. Tapi bukankah ia adalah salah untuk menceritakan hal saya kepada rakan mereka dan juga orang lain? Saya ras amereka menyampaikan hal saya kepada orang lain. Saya tak pernah mengadu mengenai hutang semasa menjadi pelatih, hal kontrak, atau pun isu bayaran. Saya hanya bercakap seperti apa yang ditanya, tapi orang itu menceritakan hal tersebut dengan sendirinya. Apa yang awak mahu ibu bapa katakan kepada anak mereka selepas memanggil mereka berjumpa? Ibu bapa saya hanya datang semasa kali pertama dan tidak lagi selepas itu dan tidak seperti orang lain, kami tiada apa-apa aduan.

mina bermasalah dengan jimin, seolhyun dan chanmi

Kwon Mi-na

Sudah beberapa kali saya pengsan kerana tekanan dan perkara itu masih lagi berlaku pada saya, tapi saya akan cuba memperbaiki diri sendiri dan tak sabar nak lalui kehidupan pada masa hadapan. Saya sedang berusaha keras ke arah itu, tapi buat FNC dan juga kakak itu, susah sangat ke untuk menyampaikan permohonan maaf yang ikhlas? Saya merupakan seseorang yang tidak berfikir banyak dahulu, tetapi seorang yang ceria dan positif tetapi kini saya mengalami kemurungan, kebimbangan sosial dan terpaksa mengambil pil tidur. Saya boleh tidur sehingga 15 jam dahulu tetapi kini, saya hanya tidur selama 1 jam.

Adakah awak semua baik sahaja? Saya pasti awak peduli mengenai saya dalam syarikat awak yang besar itu. Kalau awak kisah, sudah pasti awak akan menghubungi saya walaupun sekali sahaja? Saya takut awak ingat saya ialah seorang psiko atau pun perempuan gila. Apa pun, awak dah terlepas masa yang sesuai untuk memohon maaf, jadi jaga sahajalah pelatih yang masih ada, artis dan pelakon lainm supaya tiada siapa mengalami insiden seperti saya. Apabila seseorang megatakan bahawa mereka tidak mahu lagi menyambung kontrak kerana seseorang, awak sepatutnya tanya apa yang berlaku, apa yang menyusahkan awak? Jangan beritahu mengenai jadual seni seterusnya, penggambaran iklan nanti. CEO berkata ‘Bukan awak pun yang bayar kos rawatan psikologi kan?’ semasa berbincang mengenai sambungan kontrak. Betul kata awak, jadi saya bayar semuanya?

Sampai sekarang pun, saya maish lagi mempunyai masa yang sukar tetapi ramai yang menyokong saya. Kakitangan di syarikat saya sekarang ini nampak saya sebagai seorang manusia dahulu, jadi saya berasa terpujuk. Ada seseorang yang melihat arut di pergelangan tangan saya dan mengatakan bahawa Mi-na hanya mahukan perhatian. Jikalau awak adalah orang luar, mungkin awak boleh katakan mengenainya sebegitu, tapi tak pelik ke sebagai sebagai orang luar untuk berkata sedemikian? Tapi saya hanya baru ceritakan sedikit sahaja mengenai apa yang terjadi sepanjang 11 tahun ini, ada perkara yang saya tak sampaikan pada teman rapat mahupun keluarga saya sendiri. Ya, saya mahukan perhatian, mestilah saya seorang yang mahu tarik perhatian, tapi apa yang nak tahu sangat mengenai saya? Mari saya beritahu awak sesuatu. Kalau awak mahukan perhatian, awak akan rasa mahu mati. Awak boleh tamatkan hidup dengan membunuh diri. Saya sudah mencuba banyak kali untuk melakukannya. Saya bencikan orang yang mengatakan saya tak patut lakukan hal seperti ini, dan datang selamatkan saya apabila saya berasa susah dan mahu mati. Keluarga saya berada dalam ketakutan kini dan menangis, apa dosa yang keluarga saya buat sehingga saya pengsan dan dibawa keluar dengan pergelangan tangan yang berdarah..

Saya berasa sangat geram, marah dan tak boleh melelapkan mata. Kenapa saya masih lagi sakit, kepada siapa perlu saya meluahkan semuanya? Siapa yang perlu bayar kerana menjahanamkan saya? Saya berharap tiada siapa lagi seperti saya pada masa akan datang.

jimin buli mina aoa

Kumpulan AOA (Dari kiri: Kim Chan-mi, Seo Yu-na, Kim Seol-hyun, Shin Hye-jeong, Shin Ji-min, Kwon Mi-na)

Tak lama selepas itu, Mi-na memuat naik satu lagi entri dan menceritakan sebab utama kenapa dia kini tidak mengikuti lagi kesemua ahli AOA di Instagram.

Saya tidak cuba membunuh diri sebentar tadi, ianya pada sebulan yang lepas? Ia terjadi selepas saya berhubunga dengan wakil FNC. Saya juga menerima banyak DM bertanyakan kenapa saya kini tidak lagi mengikuti ahli lain, orang mencaci saya, dan menyuruh saya menjelaskan beberapa perkara dan saya akan melakukannya sekarang kerana saya tak rasa bahawa saya layak dibenci.

Pertama sekali, insiden dengan Shin Ji-min seperti yang anda tahu dan fahami selains aya juga tidak pernah mengata Kim langsung bersama Shin. Saya sebenarnya sayangkan Kim tapi tak boleh rapat dengannya kerana dia baik dengan Shin. Tetapi saya tetap risaukannya dan memebrikannya nasihat yang realistik. Kesemua ahli tahu bahawa saya mengalami masa yang sukar kerana Shin tetapi pada akhirnya, Kim berlagak seperti semua yang terjadi tidak penting dan cuma mahukan situasi ini berakhir.

Pada saya, kesemua mereka semua adalah sama sahaja seperti pemerhati dan apa yang mereka katakan telah melukakan saya. Pada akhirnya, semasa semua datang dan Shin membuat permohonan maaf yang tidak ikhlas, ahli Kim yang seorang lagi bertanyakan ‘Bagaimana pula dengan masa yang bahagia?’ Perlu diingatkan bahawa ahli ini masih lagi muda. Jadi saya hanya biarkan mereka katakan apa sahaja yang mereka mahukan tetapi saya tak faham kenapa dia perlu bertanyakan soalan demikian. Dia berkata perkara yang buruk mengenainya dihadapan saya tetapi masih lagi cuba untuk berada pada sisi baiknya pada waktu yang lain. Saya rasa ini adalah cara untuk mempunyai hubungan sosial yang baik tetapi pada saya, ia tak nampak ikhlas langsung dan saya tidak memahaminya.

Ahli lain iaitu Seo menjaga saya seikhlasnya tapi tiada siapa yang pernah pertahankan saya di hadapan Shin. Sekurangnya Shin (ahli lain) memberitahunya ‘Kenapa awak tak ingat apa yang saya tahu dan kami semua tahu’ kemudian dia melihat saya dan meminta saya menerima maaf tersebut secara betul sekiranya benar saya mahu maafkannya. Saya akan menerimanya sekiranya maaf tersebut adalah ikhlas. Pada saya semua ini adalah betul. Ada orang yang menggunakan perkataan ‘pemerhati’ banyak kali, dan kedua ahli Kim, terutamanya rakan baik kepada Shin adalah pemerhati pada pandangan saya, jadi saya ‘unfollow’ mereka dahulu. Kemudian, saya mahu memadam memori tentang AOA jadi saya ‘unfollow’ mereka semua. Dengan alasan ini, saya bukan mahu orang faham keadaan ini atau pun ebrhenti menghantar DM. Saya menulisnya kerana saya mahu jujur dalam menyampaikan pandangan dan pendapat saya mengenai hal ini.

mina bermasalah dengan jimin, seolhyun dan chanmi

Dari kiri: Kim Chan-mi, Shin Ji-min dan Kim Seol-hyun

Semoga Mi-na dapat menghadapi situasi ini dengan tenang dan melalui proses rawatan sebaiknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...