Ikuti Kami:

“Min Cuba…” – Lebih 10K Ciapan, Semua Akan Dapat Lihat Kim Seonho Di Domino’s Pizza Malaysia?

“Min Cuba…” – Lebih 10K Ciapan, Semua Akan Dapat Lihat Kim Seonho Di Domino’s Pizza Malaysia?

Baru-baru ini, baru sahaja dilaporkan bahawa Kim Seon-ho telah dilantik sebagai duta baru untuk pizza Domino’s Korea. Lantas membuktikan bahawa lelaki ini kian popular!

Disebabkan gambarnya hanya akan memenuhi kedai dan francais di Korea, ada individu di Malaysia yang berharap agar ‘Han Ji-pyung’ juga akan membuat kemunculan istimewa di kotak Domino’s mereka.

Saja berseloroh, individu tersebut turut menyeru admin pizza Domino’s Malaysia di Twitter.

kim seonho domino's pizza

Makin hangat apabila admin Twitter tersebut menyahut permintaan individu tersebut dan berjanji akan meletakkan wajah Kim Seon-ho pada kotak Domino’s sekiranya ciapan tersebut mencapai 10 ribu ulang ciap.

kim seonho domino's pizza

Jangan main-main kerana ciapan asal itu sudah pun mencecah 15 ribu ulang ciap pada masa artikel ini ditulis. Dahsyat tau peminat Kim Seon-ho kat Malaysia!

Disebabkan itu, admin akaun tersebut menjawab bahawa dia akan berusaha untuk menjadikan permintaan tersebut sebagai satu kenyataan.

Harapnya ia akan jadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...