Ikuti Kami:

“Mimpi Apa Yang Saya Perlu Impikan…”- SUGA: Road To D-Day Singkap Penutup Trilogi Agust D

“Mimpi Apa Yang Saya Perlu Impikan…”- SUGA: Road To D-Day Singkap Penutup Trilogi Agust D

Selepas Jimin, Suga menjadi ahli ke-5 daripada kumpulan BTS yang tampil menerusi album solo bertajuk D-Day. Bagi korang yang mengikuti perkembangan muzik Suga atau nama sebenarnya Min Yoongi, korang mesti tau bahawa album D-Day ni merupakan penutup kepada trilogi Agust D.

Bagi korang yang tertanya-tanya apa kaitan Agust D dengan Suga, Agust D merupakan satu persona yang dicipta bagi membezakan Suga sebagai salah seorang ahli BTS dan juga Suga yang bergerak solo. Jadi melalui Agust D, peminat boleh melihat sisi berbeza yang tidak ditampilkan oleh Suga.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2016, Suga telah mengeluarkan mixtape pertamanya yang bertajuk Agust D dan diikuti Agust D – D-2 pada tahun 2020.

SUGA: Road To D:Day

Tiga tahun…. Itulah masa yang diambil oleh Suga untuk menyempurnakan album D-Day. Mungkin ada antara kita yang menganggap proses membuat muzik atau lagu itu mudah. Lebih-lebih lagi daripada producer ternama yang juga ahli boyband terbesar dunia.

Tapi sehebat mana pun kita, kita semua manusia yang tidak sempurna. Sisi inilah yang ditunjukkan oleh Suga dalam Road To D-Day di mana dia mula mencari ‘tujuan’.

Pada awal dokumentari ini Suga bertanyakan pada dirinya apakah sebenarnya impian yang dia ingin capai, kenapa di masih membuat muzik sehingga satu tahap di mana dia berhadapan dengan kreatif ‘block’.

Menerusi dokumentari ini korang boleh saksikan perjalanan bagaimana album D-Day ini terhasil. Ada saat di mana korang akan ketawa dan ada saat korang akan sama-sama terkesan dengan perkongsian Suga tentang kehidupannya.

Bagi penulis, dokumentari ini agak sentimental kerana Suga sendiri berkongsikan kisah peribadinya yang juga menjadi ilham kepada salah sebuah lagu dalam album D-Day yang bertajuk Amygdala.

Menerusi pengembaraannya mencari ilham selama 3 tahun, Suga telah berjumpa dengan beberapa rakan artis ternama seperti Halsey, Chris, Anderson Paak dan Steve Aoki. 

Suga juga sempat bertemu dengan idolanya, mendiang Ryuichi Sakamoto dan berkongsi tentang kebimbangan yang dirasakan serta mengambil inspirasi mendiang untuk terus mencipta muzik.

Salah satu soalan yang terkesan kepada penulis ialah apabila Suga bertanya apakah yang mendorong veteran itu untuk terus membuat muzik kerana dia sendiri mula berasa letih dan ingin berhenti. Jawapan yang diterimanya ialah:

 “Tidak kira berapa banyak lagu yang anda cipta, anda tidak pernah berpuas hati sepenuhnya. Jika anda berasa puas, itulah penghujungnya.” – Ryuichi Sakamoto

Suga Berdamai Dengan Diri Sendiri

Suga: Road To D-Day merupakan satu dokumentari digarap sempurna, yang memaparkan bahagian kedua Suga sebagai ahli BTS, selepas kumpulan itu berjaya menempa nama dan berada di puncak kerjaya.

Diakhir dokumentari ini korang dapat saksikan bagaimana Suga berdamai dengan dirinya sendiri dan menjawab kebimbangan yang dia rasai. Adakah Agust D akan lenyap? Hanya waktu dapat menjawabnya.

Saksikan dokumentari SUGA: Road To D-Day secara penstriman di aplikasi Disney+ Hotstar.

Sementara tu jangan lupa stream Haegeum tau 🙂

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...