Mimi OH MY GIRL Rilis OST Solo Pertamanya Untuk Drama ‘School 2021’

oh my girl mimi ost kbs school 2021

Rapper kumpulan OH MY GIRL iaitu Mimi, telah mengeluarkan OST solo pertamanya, “Can’t Help Loving You” untuk drama KBS2 “School 2021”.

Lagu itu ialah genre balada retro gaya pop Perancis yang menggambarkan tema cinta antara dua watak utama. Mimi yang terkenal dengan rapnya yang serak, mempamerkan vokal yang tulen dan manis, menekankan lirik yang halus dan indah.

“School 2021” ialah drama yang sedang berlangsung dibintangi Kim Yo-han, Cho Yi-hyun, Cho Young-woo dan Hwang Boreum-byeol. Siri ini mengisahkan tentang remaja berumur 18 tahun, yang memilih laluan berbeza berbanding menjawab peperiksaan. Ia menggambarkan tentang impian, persahabatan dan keseronokan mereka yang semakin meningkat semasa mereka berjuang melalui sempadan yang tidak dapat dijangkakan.

Jom dengar OST pertama Mimi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply