Ikuti Kami:

Miliki Kulit Wajah ‘Glass Skin’, Ini 6 Langkah Penjagaan Muka Ha Sungwoon

Miliki Kulit Wajah ‘Glass Skin’, Ini 6 Langkah Penjagaan Muka Ha Sungwoon

Peminat K-Pop pastinya sedar bagaimana idola-idola sekarang mempunyai susuk tubuh menawan dan rupa paras yang memikat. Ha Sung-woon semestinya tersenarai dalam kalangan tersebut sehingga peminat mula ingin tahu rahsia penjagaan wajahnya.

Kulit wajah Ha Sung-woon yang mulus dan bersih menjadi antara sebab utama dia amat diminati dalam kalangan idola K-Pop. Dek kerana itu, baru-baru ini dia berkongsi rutin penjagaan wajah  bersama peminat melalui platform V Live.

Korang nak tak dapat ‘Korean Glass Skin’ macam Ha Sung-woon? Jom kita tengok apa agaknya rutin yang diamalkannya.

1. Penanggal solekan

Untuk langkah pertama, Ha Sung-woon menggunakan penanggal solekan yang menggunakan bahan minyak semula jadi untuk mencuci kotoran dan solekan dengan bersih. Dia menggunakan “Ariul Stress Relieving Purefull Lip and Eye Remover Pad” untuk menanggalkan solekan. sungwoon

2. Pencuci Muka

Kemudian, dia mencuci muka sekali lagi dengan menggunakan “Bioderma Micellar Water” untuk menanggalkan lebihan kesan solekan. Pencuci muka ini juga amat sesuai dengan individu yang berkulit sensitif.sungwoon

3. Toner

Untuk langkah ketiga, Ha Sung-woon kebiasaannya akan memakai toner sejurus selepas mandi. Dia menggunakan rangkaian produk “Dercent’s Niacinamide 5% Tranexamic Acid 2%”. sungwoon

4. Essence

Langkah ini merupakan bahagian kegemaran Ha Sung-woon dek kerana produk ini dilihat sangat berkesan untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. sungwoon

5. Serum

Untuk langkah kelima, dia memilih untuk menggunakan produk “Dercent’s Hydrating Aquaporin Serum” untuk mengekalkan hidrasi kulit wajahnya. sungwoon

6. Pelembap

Langkah terakhir dalam rutin penjagaan wajahnya, pastilah pelembap. Dia memilih untuk menggunakan “Dercent’s Barrier Cica Cream” kerana ianya amat berkesan dalam memulihkan semula tahap keseimbangan kulit wajah. sungwoon

Korang yang mana nak dapatkan ‘Korean Glass Skin’ tu, boleh lah try rutin harian Ha Sung-woon. Produk tak sama pun tak apa, janji langkah yang sama.

Selamat mencuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...