Pasti ramai ReVeLuv (nama peminat kumpulan Red Velvet) yang masih lagi bersedih dengan insiden buruk yang menimpa Wendy pada bulan lepas kan? Gadis yang tidak bersalah itu telah cedera parah semasa “2019 SBS Music Festival” kerana kecuaian staf stesen televisyen tersebut. Akibat terjatuh daripada platform setinggi 2.5 meter, gadis itu telah patah pinggul, pergelangan tangan dan pipi. Aduh sakitnya!
Seperti yang dilaporkan, salah seorang staf pada ketika itu meminta gadis tersebut menuruni tangga daripada platform tersebut walhal tangga tersebut masih belum diletakkan lagi di tempat yang sepatutnya. Akibat persekitaran yang gelap, Wendy melangkah turun namun terus jatuh ke pentas bawah sehingga menyebabkan kecederaan teruk itu. Dia langsung dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas itu dan terpaksa menerima rawatan rapi bagi memulihkan kecederaan serius tersebut.
Dengar cerita, walaupun sudah sebulan kejadian tersebut berlaku, Wendy masih lagi ditahan di hospital bagi memulihkan kecederaannya yang agak teruk itu. Disebabkan kecederaannya merangkumi tempat yang agak sensitif jadi dia memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. Alahai sedihnya…
Walaupun dalam sisatan polis, tetapi ramai yang tidak puas hati dengan respons separuh hati SBS. Dahlah minta maaf selepas beberapa hari kejadian itu, itu pun sebab kena ‘serang’ dengan peminat Red Velvet!
Netizen yang bersedih dengan nasib malang Wendy ini terus mengkritik SBS kerana alpa ketika menyiapkan pentas acara itu. Sepatutnya mereka memberikan perhatian penuh terhadap aspek keselamatan bagi memastikan setiap artis dan kakitangan yang terlibat dapat menyelesaikan tanggungjawab mereka dengan lancar.
Adakah mereka bersambil lewa semasa penyediaan pentas kerana ialah acara sekali sahaja? Dan bagaimana mereka nak membayar pampasan di atas bebanan mental yang terpaksa dilaluinya? Dia akan berterusan mengalami trauma. Wendy, bertabahlah!
Sekarang dia tidak boleh menyertai promosi kerana kakitangan tolol itu.
Pinggulnya tercedera, jadi… dia akan merasa kesakitan apabila semakin berusia dan semasa hujan /mengeluh/ Wendy akan terseksa pada masa hadapan. Saya tak yakin dia akan terima balasan yang setimpal.
Dia pasti akan mengalami trauma tetapi macam mana pula dengan simptom trauma selepasnya.
Siapa yang pernah patah tulang pasti tahu rasanya macam mana. Kesan sakitnya akan terasa lamanya… tambahan pula di bahagian pinggul.
Dia bukannya patah tangan, dia patah pinggul dan pergelangan tangan… Kebanyakan wanita akan mengalami kecederaan di bahagian itu semasa beranak tetapi dia sudah mengalami kecederaan di bahagian tersebut.
Kesiannya Wendy! Nak bergerak ke sana sini pun tak boleh. Menurut ahli Red Velvet, ibu bapa Wendy yang menetap di Kanada terus terbang ke Korea selepas mendengarkan insiden yang menimpa anak kesayangan mereka itu. Kedua mereka yang menjaga dan menemaninya di hospital kerana ahli kumpulannya terpaksa kembali memenuhi jadual seni mereka. Pun begitu, gadis berusia 26 tahun itu sentiasa tersenyum dan meminta agar Red Velvet dan ReVeLuv tidak merisaukannya kerana dia baik-baik sahaja. Sedihnya…
Sumber: Netizenbuzz