Ikuti Kami:

“Mesti Cringe Nanti” – Sahut Baik Idea ‘True Beauty’ Versi Malaysia, Janna Nick Tak Kisah Dikritik Netizen

“Mesti Cringe Nanti” – Sahut Baik Idea ‘True Beauty’ Versi Malaysia, Janna Nick Tak Kisah Dikritik Netizen

Memang hebat betul penangan drama remaja “True Beauty” kan? Sampaikan ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai kehangatan drama tersebut.

Sampaikan ada yang berharap agar drama bersiri Korea itu diterbitkan dalam versi tempatan. Disebabkan Janna Nick kini sudah memulakan kariernya dalam bidang pengarahan, cadangan bernas tersebut nampaknya disambut baik oleh pelakon wanita itu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan peminat drama “True Beauty’ seakan-akan menolak cadangan tersebut malah berharap agar pelakon wanita itu tidak merosakkan naskhah tersebut dengan mengadaptasikannya sebagai drama tempatan.janna nick true beauty

janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty

Disebabkan oleh ciapan tersebut yang tular sejak beberapa jam lalu, ia akhirnya sampai ke pengetahuan Janna Nick sendiri. Malah wanita itu mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengenai maksud komen awalnya mengenai ‘persediaan betul-betul’ untuk menghasilkan “True Beauty” versi Malaysia tersebut.

Ramai betul peminat ‘True Beauty’ yang persoal kenapa nak buat versi Malaysia. Bila kita kata nak sediakan dengan betul-betul, maksudnya untuk buat perkara seperti itu kena bersedia dengan betul, persediaan dalam pelbagai benda. Dari segi duit, dari segi skrip.

Katanya, bukan dia benar-benar mahu menghasilkan drama adaptasi tersebut cumanya dia hanya melayan komen yang ditinggalkan oleh peminat di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Malah Janna sempat mengulas mengenai filem sulung arahannya “Delen” yang dikatakan telah meniru nakshah popular Indonesia iaitu “Dilan” walhal kandungannya adalah berbeza. Oleh sebab itu, pelakon itu merasakan bahawa industri seni di Malaysia sukar untuk melangkah ke hadapan dek suara-suara sumbang seperti ini.

Sokonglah produk tempatan. Memang tak akan jadi sebagus Korea, tak akan jadi sebagus Hollywood. Tapi kita semakin mendekatinya sedikit demi sedikit.

Janna juga menegur sesetengah individu yang masuk ke dalam ruangan Instagramnya bersama peminat dengan niat untuk mencari kesalahan supaya dapat disebarkan kepada orang ramai dan menjadikannya sebagai punca kecaman.

Saya tak kisah dan okay sahaja kalau anda nak buat macam tu. Tapi saya rasa media sosial kini sudah menjadi toksik.

Pun begitu, pelakon yang juga merupakan seorang pengarah kini menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan pandangan netizen sama ada positif ataupun negatif. Katanya, dia okay sahaja membaca kesemua komen yang ditinggalkan.

Memang positif betul Janna ni kan? Korang rasa menjadi tak kalau buat “True Beauty” versi Malaysia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...