Ikuti Kami:

Meskipun ‘The King: Eternal Monarch’ Dikritik Hebat, Lakonan Dua Watak Woo Dohwan Dipuji Sebagai Penyelamat

Meskipun ‘The King: Eternal Monarch’ Dikritik Hebat, Lakonan Dua Watak Woo Dohwan Dipuji Sebagai Penyelamat

Kasihan apabila mengenangkan banyak artikel negatif yang ditulis mengenai drama “The King: Eternal Monarch”. Macam-macam kritikan yang dilemparkan oleh penonton, antaranya ialah fakta bersejarah yang tidak tepat, efek grafik yang tak profesional selain pelakon utama menerima hencapan dek mutu lakonan yang menghampakan.

Walaubagaimanapun, meskipun hanya membawa watak sampingan tetapi nampaknya Woo Do-hwan berjaya mencuri hati ramai penonton dengan kejayaannya dalam membawa dua watak berbeza menerusi naskhah fantasi garapan Kim Eun-sook ini.

woo dohwan the king: eternal monarch

Bahkan kebanyakan babak yang melibatkan pelakon lelaki itu pasti menerima pujian penonton. Sejak kemunculan watak Jo Yeong iaitu pengawal peribadi kepada Raja Lee Gon lagi, dia sudah mendapat perhatian ramai. Dengan suaranya yang dalam dan muka yang tiada perasaan, memang berdegup jantung para wanita melihatnya.

Lagi mengejutkan apabila Woo Do-hwan mampu mengubah 180 darjah personalitinya ketika memainkan watak Eun-seob dalam dunia selari iaitu Republik Korea Selatan. Wataknya yang lawak dengan dialek yang pekat nyata menyebabkan penonton mempersoalkan sama ada ini adalah lelaki yang sama menjadi bayang-bayang Lee Gon.

woo dohwan the king: eternal monarch

Rasanya adegan paling kelakar ialah apabila Jo Yeong bertemu buat pertama kalinya dengan Eun-seob. Babak bermula apabila Eun-seob menyedari ketampanannya apabila melihat lelaki tiada perasaan itu.

Saya tak sedar sampai sekarang, tetapi saya agak kacak.

Balasan Jo Yeong lagilah kelakar,

Awak benar-benar tak tahu? Macam mana boleh tak sedar?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...