Ikuti Kami:

Meskipun Rating Turun Ke Lingkungan 1%, Penonton Puji & Luah Rasa Seronok Tonton ‘Was It Love?’

Meskipun Rating Turun Ke Lingkungan 1%, Penonton Puji & Luah Rasa Seronok Tonton ‘Was It Love?’

Meskipun susah nak tengok Song Ji-hyo berlakon selalu dalam drama, tapi sekali wanita itu berlakon, memang menarik habis cerita yang dipilihnya. Dengar cerita ramai yang tak lepas menonton setiap episod drama “Was It Love?”

Bagi yang tidak mengetahui, naskhah ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki daripada kisah lampaunya hadir semula dalam hidupnya dalam masa yang sama.

rating was it love? menurun

Sudah pun memasuki episod ke-10, walaubagaimanapun “Was It Love?” menunjukkan rating yang agak biasa semakin ia maju ke episod penghujungnya. Bermula selamat dalam lingkungan 2% namun episod terbaru drama ini hanya mampu mencatatkan rating 1.65% iaitu rekod terendah setakat ini.

[Amaran SPOILER]

Pun begitu, reaksi penonton menunjukkan respons yang bagai langit dan bumi dengan catatan ratingnya. Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja menantikan perkembangan hubungan di antara setiap watak. Selain semua dah separuh nyawa menanti pendedahan mengenai ayah sebenar Ha-nee.

Sebenarnya saya sangat ternanti-nanti momen kelakar Ryu Jin

 

Best sangat drama ini! Macam mana nak tunggu sampai minggu depan ini?

 

Hebat gila bila Dae-oh muncul dan cakap ‘Adakah ayahnya saya?’

 

Episod kali ini adalah ‘lejen’!!

 

Daripada episod hari ini, saya dah faham kenapa ia dibawah genre ‘komedi romantik’.

 

Berdegup jantung saya bila lihat renungan Son Ho-jun!

 

Akhirnya Dae-oh sedar juga dia adalah bapa Ha-nee, padahal semua penonton dah tahu.

Tinggal lagi 6 episod sahaja, jangan lupa tonton “Was It Love?” di Netflix pada setiap Rabu dan Khamis!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...