Ikuti Kami:

Meskipun Episod Awal Raih Rating Biasa, Penonton Terhibur Lihat Drama Romantik ‘Do Do Sol Sol La La Sol’

Meskipun Episod Awal Raih Rating Biasa, Penonton Terhibur Lihat Drama Romantik ‘Do Do Sol Sol La La Sol’

Teruja betul nak saksikan gandingan di antara pelakon berpengalaman Go A-ra dan pelakon yang baru meningkat naik iaitu Lee Jae-wook dalam drama romantik terbitan KBS.

Sinopsis “Do Do Sol Sol La La Sol”

Sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo Ra-ra (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

episod awal do do sol sol la la sol

Hubungan Goo Ra-ra dan Sun Woo-joon menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Memang benarlah kalau ditakdirkan berjumpa, pasti akan bersua juga macam mana situasinya sekalipun. Beginilah hubungan di antara Ra-ra da Woo-joon sejak daripada awal pertemuan mereka, bayangkan seorang pekerja tapak pembinaan terpaksa menghantar bunga untuk pengantin perempuan yang sedang menanti untuk mengikat tali perkahwinan bersama lelaki kesayangannya.

Bukan itu sahaja, Woo-joon turut ditumbuk sehingga berdarah hidungnya kerana Ra-ra yang tidak mahu dia mendekatinya kerana baju lelaki itu yang kotor. Namun atas bantuan lelaki itu, Ra-ra selamat ke dewan majlis tersebut. Tapi malang menimpa apabila ayahnya tiba-tiba diserang sakit jantung telah dimasukkan ke hospital dan bakal suami dan ibu mertuanya melarikan diri kerana sedar mereka tidak boleh mendapatkan wang dari[ada keluarga Ra-ra lagi kerana perniagaan yang hampir muflis.

episod awal do do sol sol la la sol

Tak cukup dengan kehilangan ayah, Ra-ra diuji dek di’scam’ oleh pemilik rumah sewanya lantas membuatkan dia tinggal sehelai sepinggan. Disebabkan oleh kehidupannya yang kaya dan sering disuap oleh ayah tersayang, wanita itu membesar tanpa mengetahui cara untuk menguruskan hidup dan hanya tahu menyertai pertandingan bermain piano kerana bakat terpendam sejak kecil.

Ra-ra sekali lagi berjumpa dengan Woo-joon apabila mereka mengalami kemalangan kecil sehingga membuatkan wanita itu dihospitalkan. Pun begitu, Woo-joon berterusan membantu Ra-ra dan meminjamkan duit kepadanya. Walaupun tidak banyak berbicara, lelaki itu sepertinya turut menyimpan banyak rahsia sendiri dan juga mungkin mempunyai kaitan dengan wanita malang itu sebelum ini sehingga membuatkan dia melayannya baik seperti ini.

episod awal do do sol sol la la sol

[SPOILER Tamat]

Permulaan yang baik buat drama romantik

Disebabkan oleh plotnya yang ringan, ramai penonton meluahkan rasa terhibur apabila melihat telatah Ra-ra yang naif dan langsung tidak boleh dijangka. Bahkan perkembangan plotnya yang tidak mengelirukan membuatkan ramai yang hilang stres apabila menonton drama ini.

Bagi tayangan awal ini, “Do Do Sol Sol La La Sol” berjaya meraih rating 1.9% dan 2.6% ketika episod pertama dan sedikit menaik pada episod kedua dengan catatan 2.8% dan 2.6%. Satu permulaan yang baik untuk drama romantik ringan ini.

Siapa yang hilangkan tekanan, bolehlah tonton “Do Do Sol Sol La La Sol” di Netflix setiap Rabu dan Khamis!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...