Ikuti Kami:

Meskipun Episod Akhir ‘Zombie Detective’ Catat Rating Biasa, Penonton Puji Plot Ringan & Menghiburkan

Meskipun Episod Akhir ‘Zombie Detective’ Catat Rating Biasa, Penonton Puji Plot Ringan & Menghiburkan

Puas hiburkan penonton selama 12 episod, “Detective Zombie” akhirnya menamatkan siarannya beberapa hari lepas.

Sinopsis ringkas

“Zombie Detective” ialah sebuah ‘komedi kemanusiaan’ tentang seorang zombi yang berada pada tahun kedua selepas bangkit semula dan menjadi detektif untuk membongkar kisah silamnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk hidup bersama dengan umat manusia.

Kim Moo-young (Choi Jin-hyuk), zombi kacak dengan tubuh fizikal yang hebat. Selepas dua tahun dibangkitkan semula sebagai zombi dan turut kehilangan memorinya selain terpaksa untuk membetulkan percakapannya dan pergerakannya yang kekok, dia memulakan kehidupan baru sebagai seorang detektif.

episod akhir zombie detective

Dilengkapi misteri dan tawa

Siapa sangka “Zombie Detective” mampu menjadi pil hiburan buat penonton di rumah. Disertai dengan plot yang tidak memeningkan malah ianya cukup sebati dengan ramuan misteri dan juga menghiburkan. Seronok betul lihat perangai zombi Moo-young cuba membiasakan diri hidup sebagai manusia. Lagi pula asyik dengar dia membebel terpaksa beli krim BB, ayam dan bayar bil elektrik dan air, katanya zombi lebih sesuai duduk dalam hutan!

Walaupun begitu, “Zombie Detective” hanya mampu meraih rating biasa sahaja sepanjang tayangannya. Rating drama ini duduk di dalam lingkungan 2% ke 3% sehingga ke episod akhirnya dan ia merupakan catatan yang biasa berbanding dengan drama lain yang ditayangkan dalam slot sama.

episod akhir zombie detective

Namun ianya tidak menghalang penonton untuk memujinya sebagai sebuah drama yang menghiburkan selain Choi Jin-hyuk yang membuktikan dia boleh membawa watak unik seperti ini.

Apa pun, yang belum menonton, pastikan anda marathon “Zombie Detective” sekiranya anda mahukan drama yang ringan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...