Ikuti Kami:

Meski Tercalon, BTS Sah Tidak Akan Hadiri ’64th Grammy Awards’ Di U.S.

Meski Tercalon, BTS Sah Tidak Akan Hadiri ’64th Grammy Awards’ Di U.S.

Rancangan BTS untuk ke U.S. telah pun dibatalkan.

Pada 5 Januari, U.S. Recording Academy mengumumkan bahawa ’64th Grammy Awards’ telah ditangguhkan sekali lagi, disebabkan penyebaran varian Omicron COVID-19 di seluruh negara. Pada mulanya, anugerah tersebut dijadualkan bakal berlangsung pada 31 Januari di Crypto.com Arena di Los Angeles.

BTS yang dicalonkan bagi kategori ‘Duo Pop Terbaik atau Persembahan Kumpulan’ di ’64th Grammy Awards’, telah dijadualkan untuk menyambung semula aktiviti rasmi selepas berehat selama 2 bulan, dengan menghadiri majlis anugerah itu hujung bulan ini. Namun begitu, Big Hit Music telah mengesahkan kepada semua pihak media bahawa BTS tidak akan hadiri acara tersebut selepas ianya ditangguhkan.

BTS telah merancang untuk menghadiri ‘The Grammy Awards’, tetapi selepas dimaklumkan mengenai penangguhan majlis itu, kami telah menghentikan semua rancangan untuk kumpulan itu menuju ke U.S.

Mengenai konsert ‘Permission To Dance On Stage – Seoul’ yang diumumkan bakal diadakan pada bulan Mac ini, Big Hit memberitahu,

Buat masa ini tiada perubahan jadual untuk konsert Seoul BTS yang akan datang pada bulan Mac.

bts grammy awards

Dapat la BTS rehat lebih lama sikit.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...