Ikuti Kami:

Meski Seronok Ending Bahagia, Penonton Kritik Baju Kahwin Jung Yumi Dalam ‘Love Your Enemy’ Buruk

Meski Seronok Ending Bahagia, Penonton Kritik Baju Kahwin Jung Yumi Dalam ‘Love Your Enemy’ Buruk

Walaupun seronok dengan pengakhiran bahagia untuk watak utama, ada pula beberapa penonton yang mengkritik satu adegan dalam drama “Love Your Enemy” ni..

Khususnya dalam episod terakhir, Seok Ji-won (Ju Ji-hoon) dan Yoon Ji-won (Jung Yu-mi) akhirnya telah berkahwin selepas 18 tahun berpisah dan bertemu semula.

Walaupun teruja, segelintir penonton meluat melihat baju pengantin perempuan yang dikenakan watak Jung Yu-mi, dengan menyatakan bahawa ia adalah ‘pakaian kahwin paling buruk dalam K-Drama’.

Malahan selepas klip babak itu dimuat naik di laman komuniti dalam talian, netizen Korea juga mengkritik pakaian Jung Yu-mi dan menganggap baju itu nampak murah dan selekeh. Komen orang ramai,

  • Nampak macam pakai tuala pergi sauna.
  • Stylist tu benci Jung Yu-mi ke?
  • Pakaian kahwin paling buruk.
  • Nasib baik muka Jung Yu-mi boleh selamatkan baju tu.

Hmm korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...