Ikuti Kami:

Meski Pelakon Utama, Penonton Persoal Babak Kim Daemyung Pendek Dalam ‘Hospital Playlist 2’

Meski Pelakon Utama, Penonton Persoal Babak Kim Daemyung Pendek Dalam ‘Hospital Playlist 2’

Sentiasa mendapat pujian sebelum ini, namun “Hospital Playlist” menerima sedikit kritikan sek episod yang ditayangkan baru-baru ini.

Semuanya pasti tahu bahawa drama ini membawa kisah lima sekawan yang sudah pun bersama sejak daripada zaman universiti sehinggalah ke pangkat profesor di hospital sekarang. Meskipun Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Jeon Mi-do, Yoo Yeon-seok dan Kim Dae-myung diangkat sebagai pelakon utama namun sepertinya ada yang tidak berpuas hati dengan pembahagian tempoh tayangan buat watak masing-masing.

Menerusi sebuah laman komuniti, terdapat seorang individu yang mempersoalkan mengapa watak Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) kerap mendapat waktu tayangan yang pendek sahaja. Bahkan dalam tempoh 90 minit dalam episod ke-7 baru-baru ini, lelaki itu hanya muncul selama 2 minit sahaja.kim daemyung hospital playlistAntara babak yang memaparkannya ialah sewaktu babak perbualan pendek bersama doktor Chu Min-ha (Ahn Eun-jin) serta Jung Hong-do (Bae Hyun-sung) dan ketika babak mereka berlima menyanyi bersama.

Kritik penonton,

Perbezaan tempoh tayangan adalah sangat ketara. Dia muncul lebih kurang daripada pelakon sampingan.

 

Musim pertama pun tempoh kemunculan Kim Dae-myung sedikit, kali ini pun pendek lagi?

 

Tak faham macam mana pelakon sampingan boleh dapat tempoh tayangan yang lebih panjang.

 

Melampau betul 2 minit sahaja. Dah lah dia muncul di bahagian awal sahaja.

 

Saya nak tengok lebih banyak babak Seok-hyung dan Min-ha.

kim daemyung ahn eunjinKata penonton yang lain,

Mungkin ia adalah persediaan untuk episod yang akan datang. Tak seronoklah kalau cerita yang sama sahaja kan?

 

Mungkin bukan episod ini, tapi dia akan muncul lebih banyak pada episod nanti?

 

Ini kan drama, mungkin ia tidak boleh dielakkan.

 

Pandailah pihak produksi nak sunting, mungkin mereka ada pelan tersendiri.

Siapa yang nantikan babak Yang Seok-hyung, mungkin ada yang berasa kecewa sedikit kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...