Ikuti Kami:

Meski Lakonan Dikritik, Lee Boyoung Akui Cadang Nama Son Naeun Untuk Terajui ‘Agency’

Meski Lakonan Dikritik, Lee Boyoung Akui Cadang Nama Son Naeun Untuk Terajui ‘Agency’

Meskipun sudah menerajui beberapa drama, namun lakonan Son Na-eun terus menerima kritikan sehingga kini.

Terbaru, Lee Bo-young yang berlakon bersama bekas ahli A-PINK itu telah berkongsi lebih mengenai lakonannya di set penggambaran “Agency”. Jelasnya,

Saya yang mencadangkan nama Na-eun kerana dia nampak sesuai dengan watak Han-na. Na-eun nampak ‘trendy’ dan Han-na pula seperti pempengaruh. Imejnya sangat sesuai dan cantik apabila pertama kali saya melihatnya.

lee boyoung

Ujarnya lagi,

Saya hanya memberikan cadangan namun dan Na-eun yang terpilih daripada pencalonan bersama beberapa pelakon lain. Saya merasakan watak Na-eun dan Han-na sangat sesuai bersama.

Puji Lee Bo-young lagi, Son Na-eun sangat bersungguh-sungguh ketika penggambaran dan dia tak akan berhenti selagi tidak mendapat rakaman terbaik,

Saya suka melihat peningkatan dia.

agency ending

Bagi yang tidak mengetahui, “Agency” membawa kisah kehidupan seorang wanita yang menjadi eksekutif wanita pertama dalam kumpulannya di sebuah syarikat pengiklanan di mana Lee Bo-young membawa watak Go Ah-in, seorang wanita yang bijak dalam bidang pengiklanan manakala Son Na-eun membawa watak Han-na iaitu seorang pewaris kaya yang biasa mendapat segala kemahuannya.

Cayalah Na-eun!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...