Pada 25 November, program uji bakat MBC “My Teenage Girl” telah mengadakan sidang media dalam talian yang dihadiri penerbit Park Sang-hyun dan Kang Young-sun, serta mentor Ok Joo-hyun, Aiki, dan So-yeon (G)I-DLE.
Walau bagaimanapun, Yu-ri GIRLS’ GENERATION juga sebagai mentor di program tersebut, tidak dapat menghadiri sidang akhbar itu kerana dia telah berhubung dengan individu yang didapati positif COVID-19.
Setelah melakukan ujian PCR, pada 26 November, SM Entertainment telah mengumumkan bahawa Yu-ri telah diuji negatif untuk COVID-19.
Bagi mengurangkan kerisauan peminat, Yu-ri GIRLS’ GENERATION telah membuat satu entri di Instagram Storynya dan menulis,
Lega. Keputusan ujian saya negatif. Awak sangat risaukan saya kan. Saya kembali ke kehidupan seharian saya sekarang. Sebelum ini saya tidak selalu berterima kasih kepada kehidupan harian saya yang biasa tapi kini, saya amat bersyukur. Semua orang, berhati-hati dengan COVID-19, dan jaga kesihatan anda dengan baik.
Fuhh nasib baik Yu-ri negatif COVID-19.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.