Ikuti Kami:

Meski Kontak Rapat, IU Sah Negatif Covid Setelah Hadiri Majlis Kahwin Lee Jihoon

Meski Kontak Rapat, IU Sah Negatif Covid Setelah Hadiri Majlis Kahwin Lee Jihoon

Penyanyi IU baru-baru ini membimbangkan peminat selepas dia menghadiri majlis perkahwinan penyanyi Lee Ji-hoon. Dilaporkan dia pergi menyanyikan lagu untuk Lee Ji-hoon dan isterinya, Ayane, sebagai ucapan tahniah.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ramai ialah Lim Chang-jung, yang turut menyanyikan lagu tahniah untuk pasangan itu, disahkan dijangkiti COVID-19 sehari selepas majlis perkahwinan.

IU serta kakitangannya terus pergi melakukan ujian. Pada 11 November 2021, dilaporkan oleh EDAM Entertainment bahawa IU telah diuji negatif.

Kenyataan berikut telah dikeluarkan:

Hello. Ini EDAM Entertainment.

Pada 8 November, kami menerima laporan bahawa seseorang daripada majlis perkahwinan seorang kenalan, yang dihadiri IU, didapati positif COVID-19.

Pada masa dan lokasi yang tepat, IU menyanyikan lagu tahniah sambil memakai pelitup muka dan meninggalkan lokasi sejurus selepas menyanyi. Dia tidak bertembung dengan kes yang disahkan positif.

Namun begitu, sebagai langkah pencegahan, IU dan kakitangan lain yang hadir di lokasi telah menjalani ujian PCR pantas. IU dan semua kakitangan menerima keputusan negatif.

IU akan terus mengikuti semua garis panduan kuarantin, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan dan kesihatan artis kami. Terima kasih.

IU selfie negative covid

Nasib baik IU negatif. Jaga diri semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...