Bukan senang menjadi selebriti, walaupun sedang lalui situasi bergelora, kebanyakan dari mereka masih terus tampil ceria di khalayak umum.

Seperti Song Ji-hyo yang baru sahaja mendedahkan kepincangan dalam pengurusan agensi lamanya iaitu Uzurocks. Bukan isu kecil, agensi itu dikatakan gagal membayar sebanyak 900 juta won (RM3.14 juta) lagi buat pelakon wanita tersebut setakat ini.
Terbaru, wanita itu dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bagi berlepas ke Jakarta untuk menghadiri perjumpaan peminat serta konsert anjuran Glutanex dan Watsons Indonesia.
Tidak terkesan dengan kemelut yang sedang melanda, Song Ji-hyo dilihat tampil gembira dan tersenyum lebar apabila menyapa wartawan dan peminat yang menanti.
Rata-rata peminat meluahkan rasa senang apabila melihat Song Ji-hyo terus tersenyum gembira dan tidak terkesan dengan konflik yang melanda.
Comel lah Song Ji-hyo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉