Ikuti Kami:

Meski Diselubungi Kontroversi, Filem Thriller Misteri Lakonan Seo Yeji ‘Recalled’ No 1 Di Carta Box-Office

Meski Diselubungi Kontroversi, Filem Thriller Misteri Lakonan Seo Yeji ‘Recalled’ No 1 Di Carta Box-Office

Selepas terpali dengan pelbagai kontroversi, ramai yang menduga bagaimana filem terbaru “Recalled” Seo Ye-ji akan diterima oleh penonton. Sama ada positif ataupun negatif?

Pada 21 April, Persatuan Filem Korea mendedahkan bahawa tempahan tiket untuk filem tersebut menduduki tempat pertama dengan undian sebanyak 34.4% sebagai filem yang peling dinanti. Bahkan filem lakonan Gong Yoo dan Park Bo-gum iaitu “Seobok” terpaksa bepruas hati ditempat kedua sahaja. Menurut sumber, sebanyak 33,012 tempahan dibuat secara awal untuk filem “Recalled” sebelum ianya menemui penonton.

Pakar dalam industri mengatakan bahawa ‘pemasaran berbunyi’ yang menyelubungi pelakon utamanya itu nyata berjaya sehingga membuatkan filem itu turut menjadi perhatian ramai.

filem recalled

Filem “Recalled” ialah sebuah naskhah thriller misteri mengenai Soo-jin (Seo Ye-ji) selepas melalui satu kemalangan yang mengubah seluruh kehidupannya. Bukan sahaja hilang ingatan, namun wanita itu kini mampu melihat masa depan orang lain dek kejadian itu. Kebolehan baru ini membuatkan dia mendapat tahu mengenai suatu rahsia suaminya sendiri (Kim Kang-woo).

Nampaknya tuah Seo Ye-ji masih lagi kuat, betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...