Ikuti Kami:

Meski Debut Ketika Covid-19, Ini Kumpulan K-Pop Generasi ke-4 Berjaya Raih Populariti

Meski Debut Ketika Covid-19, Ini Kumpulan K-Pop Generasi ke-4 Berjaya Raih Populariti

Tahun 2020 merupakan tahun di mana satu dunia dilanda pandemik Covid-19. Bagaimanapun, ianya tidak menjadi batu penghalang bagi industri Korea untuk berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

Antara kejayaan yang membantu industri muzik Korea adalah dengan kewujudan kumpulan idola generasi ke-4.

Kalau nak tahu kumpulan idola mana yang dapat menarik perhatian peminat K-Pop meskipun debut ketika musim pandemik, jom KimchiDaily kongsikan!

1. IVE

IVE

Korang ingat tak masa zaman pandemik dulu viral dengan lagu “Eleven”? Kalau nak tahu, sebenarnya lagu ini merupakan lagu debut buat kumpulan IVE. Kumpulan ini telah melakukan debut mereka pada 1 Disember 2021 dan mereka juga berjaya mencatat kejayaan sehingga ke hari ini.

Antara lagu popular mereka adalah “Eleven”, “Love Dive” dan “After Like”. Selain berjaya mencatatkan kejayaan dalam lagu, mereka turut memenangi anugerah rookie terbaik dan anugerah-anugerah utama dia acara muzik tahunan di Korea.

Sekadar info, IVE juga akan membuat kemunculan semula mereka pada pertengahan April nanti.

2. ENHYPEN

Enhypen

Korang tahu tak, kumpulan ENHYPEN ini merupakan pemenang dari rancangan realiti yang dikenali sebagai “I-LAND”.

Kumpulan ini melakukan debut mereka pada 30 November 2020 dengan lagu “GIVEN-TAKEN”. Selepas melakukan debut, kumpulan ENHYPEN berjaya menunjukkan kejayaan luar biasa seperti memenangi pelbagai anugerah di majlis berprestij.

Antara anugerah yang dirangkul oleh kumpulan itu adalah, anugerah ‘Rookie of the Year’ anugerah utama iaitu Bongsang bagi kategori persembahan terbaik dari Seoul Music Award dan banyak lagi.

3. LE SSERAFIM

le sserafim

Lagu “Fearless” telah berjaya membuktikan bahawa LE SSERAFIM antara kumpulan yang popular di Korea malah di seluruh dunia.

Kumpulan ini telah melakukan debut mereka pada 2 Mei 2022 dengan mini album “Fearless”. Kumpulan LE SSERAFIM ini juga popular selepas mengharungi pelbagai cabaran sejak penampilan pertama mereka pada tahun lepas. 

Kecoh dahulu apabila salah seorang ahli dari kumpulan tersebut telah dibuang kerana kontroversi yang melibatkan keganasan di sekolah. Selepas itu, agensi mereka telah membuat keputusan untuk meneruskan aktiviti kumpulan itu dengan mengekalkan lima ahli sahaja.  

Berakhir sahaja kontroversi yang dilanda oleh kumpulan tersebut, mereka telah membuat kemunculan semula dengan lagu “Antifragile” pada bulan Oktober tahun lepas. 

4. aespa

aespa

Kumpulan yang pernah popular dengan lagu “Next Level” iaitu aespa juga berjaya menempah nama ketika dalam era pandemik.

Kumpulan aespa telah melakukan debut pada 17 November 2020 dengan lagu mereka iaitu “Black Mamba”. Selepas melancarkan debut mereka, kumpulan ini turut meraih hasil jualan album pada minggu pertama sebanyak satu juta salinan di kedua-dua carta Hanteo dan Circle.

5. TREASURE

treasure

Dalam dunia pasti ada harta yang berharga. Sudah semestinya harta yang berharga buat Teume (nama kelab peminat) adalah TREASURE.

Sebenarnya, kumpulan ini terbentuk dari sebuah rancangan realiti yang dikenali sebagai
“YG Treasure Box” dan mereka telah melakukan debut pada 7 Ogos 2020 dengan album pertama iaitu “The First Step: Chapter One”.

Walaupun dua orang ahli dari kumpulan tersebut iaitu Ye-dam dan Mashiho telah meninggalkan TREASURE pada tahun lalu tetapi, ianya tidak pernah mematahkan semangat kumpulan tersebut.

Sedikit info, TREASURE akan melakukan konsert mereka di Malaysia pada 11 Mac 2023 ini. Ha, korang dah beli tiket belum?

6. STAYC

stayc

Bila sebut je nama STAYC, korang mesti teringat Stacy Anam seorang penyanyi tempatan kan? Tapi bukan ye, STAYC kali ini merupakan kumpulan idola K-Pop yang terkenal dengan lagu “ASAP”.

Bagi yang belum mengenali kumpulan STAYC, kumpulan K-Pop ini telah memulakan debut mereka pada 12 November 2020 dengan lagu pertama iaitu “So Bad” dalam album “Star To A Young Culture“. Walaupun tidak dikenali ramai ketika itu tetapi mereka kembali dengan lagu “ASAP” dan diikuti dengan “STEREOTYPE”, yang berjaya membuatkan mereka semakin meraih populariti.

Mereka juga pernah menyatakan dalam satu sesi temu bual di majalah Marie Claire bahawa mereka akan berusaha untuk terus maju dan orang akan mengenali STAYC dengan lebih dekat.

Untuk maklumat korang, STAYC pernah melakukan perjumpaan peminat mereka di Malaysia pada 4 Februari yang lalu.

7. Weeekly

weeekly

Ketika era pandemik, skrol saja TikTok pasti akan ada lagu “After School” lalu fyp korang kan?

Kumpulan Weeekly ini telah memulakan kerjaya mereka pada 30 Jun 2020 dengan lagu popular mereka iaitu “Tag Me (@Me)” dalam album “We Are”. Sama juga dengan kumpulan STAYC, di mana pada ketika debut, mereka tidak dikenali ramai sehinggalah mereka membuat kemunculan semula dengan lagu “After School” dalam album ketiga.

Sebaik sahaja lagu “After School” dilancarkan, kumpulan ini semakin dikenali di Korea serta peringkat antarabangsa. Kejayaan lagu tersebut telah membuka ruang buat Weeekly di mana mereka telah memenangi ‘Rookie Award’ dan juga mendapat perhatian media antarabangsa yang terkenal seperti Majalah Time Amerika Syarikat dan United Kingdom NME.

Selain itu, muzik video “After School” di YouTube turut memecah tontonan sebanyak 100 juta serta mendapat penstriman di Spotify sebanyak 100 juta.

Banyak juga kumpulan yang berjaya meskipun debut ketika pandemik Covid-19. Apa-apa pun, tahniah dan semoga terus maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...