Ikuti Kami:

Meski Ada Babak Intim Lee Junyoung & Jung Eunji, ‘Pump Up Your Healthy Love’ Raih Rating 0%

Meski Ada Babak Intim Lee Junyoung & Jung Eunji, ‘Pump Up Your Healthy Love’ Raih Rating 0%

“Pump Up Your Healthy Love” menyaksikan penurunan rating yang ketara.

MenurutNielsen Korea pada 5 Jun, drama tersebut hanya mencatat kadar tontonan 0.7%. Ini adalah rating paling rendah sejak tayangan bermula. Drama ini sebelum ini hanya mampu bertahan pada kadar 1.0%, dan akhirnya jatuh ke bawah 1%.

Dalam episod ke-11 yang ditayangkan pada 4 Jun, Do Hyun-jung (Lee Jun-young) dan Lee Mi-ran (Jung Eun-ji) akhirnya mengesahkan perasaan antara satu sama lain. Mereka yang semakin rapat sebagai “rakan makan tteokbokki” mula menunjukkan hubungan yang lebih intim, termasuk memegang tangan ketika melihat salji turun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @artist_eunji

Namun, walaupun jalan cerita cinta ini semakin menarik, drama tersebut tetap mencatat rating paling rendah dalam sejarah penyiarannya.

Drama ini mengisahkan Do Hyun-joong, seorang pengarah gim yang mementingkan kecergasan dan membantu orang lain untuk mengubah hidup mereka di mana dia cuba untuk mengubah kehidupan Mi-ran yang mahu menurunkan berat badan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...