Ikuti Kami:

Meriah & Mewah, Ini Kos Keseluruhan Majlis Perkahwinan Hyunbin & Son Yejin

Meriah & Mewah, Ini Kos Keseluruhan Majlis Perkahwinan Hyunbin & Son Yejin

Ramai lagi yang masih teringat mengenai majlis penyatuan hati Hyunbin dan Son Ye-jin kan?

Bukan sahaja pakaian dan tetamu yang hadir, namun rata-rata peminat ingin tahu mengenai perbelanjaan mempelain tersebut untuk majlis gilang-gemilang ini. Diadakan di Aston House, The Grand Walkerhill Sheraton Hotel, ianya merupakan lokasi mewah dengan penjagaan keselamatan yang ketet di mana hanya tetamu dengan jemputan sahaja yang dibenarkan masuk. Bahkan pengurus kepada selebriti yang hadir juga tidak dibenarkan masuk bersama.

Direka dengan laman sendiri di curam bukit, lokasi ini mempunyai dewan bankuet di dalam rumah agam dua tingkat bersaiz 439 meter per segi di atas tanah 1,163 per segi. Khabarnya, hiasan dalaman berserta perabot mencecah harga jutaan won dan chandelier pula berharga 150 milion won (RM517K).

son yejin hyunbin

Untuk menyewa di Aston House, anda perlu membawa sewa harian sebanyak 40 milion won (RM138K). Tambahan lagi, hiasan bunga pula mencapai harga 25 milion won (RM86K) dengan kos keselamatan menjangkau nilai sekurang-kurangnya 10 milion won (RM34K).

Makanan pula bergantung pada menu dipilih namun anggarannya ialah 280,000 won (RM966) setiap orang. Untuk perkahwinan Hyunbin dan Son Ye-jin, makanan yang disediakan terdiri daripada 8 jenis iaitu kaviar ocetra, makanan laut sous vide, timun laut, sos maltese, baguette Perancis, focaccia zaitun Itali dan sup krim bijian untuk pembuka. Manakala makanan utama pula ialah daging batang pinang daripada lembu Hampyeong dan udang galah gril serta manisan mulut iaitu kek madu, coklat raspberi, kacang vanila bonbon, buah-buahan, kopi dan teh.

son yejin hyunbin

Bukan itu sahaja, hadiah yang disediakan untuk tetamu juga terdiri daripada barangan mewah seperti minyak wangi Tom Ford, pengurut Vanax dan cawan kaca Baccarat.

Dianggarkan bahawa pasangan ini menghabiskan wang sebanyak 130 milion won (RM450K) untuk majlis ini termasuklah 56 milion won (RM193K) untuk makanan bagi 200 tetamu.

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...