Ikuti Kami:

“Meremang” – Pernah Dikritik ‘Kayu’, Penonton Puji Lakonan Song Hyekyo Dalam Klip ‘The Glory 2’

“Meremang” – Pernah Dikritik ‘Kayu’, Penonton Puji Lakonan Song Hyekyo Dalam Klip ‘The Glory 2’

Nampaknya Song Hye-kyo berjaya mengubah persepsi orang ramai menerusi siri “The Glory”.

Bagi meningkatkan jangkaan ramai untuk bahagian kedua drama itu, Netflix telah meriliskan klip pendek baru-baru ini. Dengan tajuk ‘Untuk Yeon-jin yang dirindui’, Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) sepertinya memulakan balasan terhadap Park Yeon-jin (Im Ji-yeon) dan melalui pelbagai kepincangan.

Yang paling menarik perhatian ialah babak di mana Song Hye-kyo menjerit ‘Jangan gelak seperti itu’ sekaligus membuatkan penonton terasa impak kemarahan yang sekian lama dipendam di dalam dirinya.

song jihyo

Komen penonton,

Ini ialah lakonan pertama menggunakan ton suara oleh Song Hye-kyo.

 

Gila lah lakonannya.

 

Saya nak tengok cepat!

 

Hebat lah lakonan Song Hye-kyo.

Bahkan teman rapat pelakon wanita itu turut meninggalkan komen pujian. Ulas Lee Jin,

Ia hanyalah trailer.

song hyekyo the glory 2

Manakala komen Choi Hee-seo dan Ki Eun-se teruja,

Meremang.

Kata Ok Joo-hyun pula,

Matilah kalau awak sentuh rakan saya.

Meremang tengok lakonan Song Hye-kyo?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...