Ikuti Kami:

“Meremang Bulu Roma!” – 10 K-Drama Seram Pasti Buat Penonton Takut Nak Tidur Malam

“Meremang Bulu Roma!” – 10 K-Drama Seram Pasti Buat Penonton Takut Nak Tidur Malam

Drama menyeramkan ini sebenarnya best kan? Seronok betul perasaan apabila melihat watak drama tersebut membongkarkan misteri yang tersorok. Momen meremang bulu roma itu wajib ada!

Ini antara naskhah seram yang patut ditonton oleh sesiapa yang ‘syok habis’ apabila menonton genere seperti ini.

Kingdom (Netflix)

drama kingdom

Siri asal Netflix ini membawa kisah putera raja Lee Chang (Ju Ji-hoon) semasa era Joseon yang terpaksa mengharungi segala kemaslahatan selepas ayahnya iaitu raja sakit gering akibat penyakit yang membunuh. Lelaki itu kemudiannya pergi mencari pakar perubatan bersama pengawalnya bagi mencari penawar untuk ayahnya itu. Dalam perjalanan, Lee Chang tanpa sengaja membongkar satu virus tular yang menggugat ketenangan empayar tersebut.

Strangers from Hell (OCN)

netflix strangers from hell

Menerima tawaran pekerjaan daripada rakannya, Yoon Jong-woo (Im Si-wan) berpindah daripada perkampungan kecil ke Seoul. Dia kemudiannya tinggal di sebuah residen murah selama 6 bulan bersama jiran-jiran yang berperangai pelik. Walaupun tidak berasa sangsi pada awalnya, pelbagai kejadian aneh yang berlaku di bangunan hostel tersebut sehingga mengganggunya pada saban malam dan semuanya angkara jiran tetangga Jong-woo sendiri.

The Guest (OCN)

the guest

Seorang psikik yang lahir dalam keluarga bomoh telah bergabung dengan paderi Katolik suci dan detektif skeptikal untuk menjatuhkan satu syaitan jahat bernama ‘Son’. Dalam pada menjejaki makhluk binasa tersebut, mereka bertiga turut menyelesaikan jenayah alam ghaib yang dilakukan oleh makhluk bukan manusia.

Save Me (OCN)

save me

Empat lelaki muda cuba menyelamatkan orang baru dalam kampung kecil yang tanpa disangka telah terjebak dengan ilmu ajaran sesat selepas gadis itu dan ayahnya mencari bomoh.

Priest (OCN)

priest

Selepas ibunya mati dek dirasuk oleh syaitan, Oh Soo-min (Yeon Woo-jin) yang taat telah menjadi paderi dan belajar cara menghapuskan roh untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Dengan bantuan doktor dan rakan paderi yang lain, mereka telah menjalankan satu ritual di hosiptal katolik di Seoul.

The Ghost Detective (KBS)

the ghost detective

Seorang bekas tentera iaitu Lee Da-il (Choi Daniel) telah menjadi detektif selepas keluar daripada kem ketenteraan. Kebanyakannya kes yang diselesaikan olehnya melibatkan alam ghaib namun semuanya berubah selepas dia cuba membantu kes yang membabitkan kematian adik kepada pembantunya. Semasa mereka bekerjasama untuk membongkar kes ini, terdapat perkara yang sama pada setiap kes dilaporkan di mana seorang wanita berpakaian merah yang sering muncul di tempat kejadian.

Black (OCN)

black

Seorang detektif yang dirasuk oleh malaikat maut melawan takdirnya dengan membantu menyelamatkan orang dan bukannya menghantar mereka ke dunia akhirat. Lebih parah, apabila dia jatuh cinta dengan seorang wanita yang tiada tarikh mati yang turut menyimpan rahsia tersendiri.

Who Are You (tvN)

who are you

Selepas bangun daripada koma selepas 6 tahun, detektif Yang Shi-on (So Yi-hyeon) mendapat kebolehan untuk melihat hantu apabila menyentuh barangan yang ditinggalkan mereka. Dengan bantuan pembantu amatur, wanita itu menggunakan kebolehan barunya itu untuk membantu roh yang masih mempunyai hal yang belum diselesaikan di dunia supaya mereka boleh masuk ke dunia fana.

The Master’s Sun (SBS)

master's sun

Jikalau memerlukan sedikit komedi untuk menghilangkan rasa seram, “Master’s Sun” adalah drama yang sesuai untuk ditonton. Dengan komedi gelap yang sesuai, ia mengisahkan tentang hubungan pelik di antara CEO kedekut bernama Joo Joong-won (So Ji-sub) dan Tae Gong-shil (Gong Hyo-jin) iaitu seorang wanita yang mampu melihat hantu selepas terlibat dalam satu kemalangan.

White Christmas (KBS)

white christmas

Tujuh pelajar daripada sekolah swasta dan elit Soo Sin yang hanya menempatkan pelajar yang paling bijak telah tinggal di sekolah semasa cuti usim sejuk untuk belajar dengan mendalam lagi. Terdampar dengan pakar psikiatri, pelajar itu ditimbuni dengan ledakan salji dan tidak mampu keluar daripada premis tersebut meskipun mengetahui bahawa terdapat seorang pembunuh dalam kalangan mereka.

Selamat marathon hujung minggu nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...