BIGBANG kalau buat persembahan memang tak sah la kalau tak gempak kan!
Pada 1 Februari, Taeyang telah mengadakan penutup untuk konsert jelajahnya ‘The Light Year’, yang dah pun bermula sejak Ogos tahun lalu.
Menambahkan lagi kemeriahan konsert, Taeyang turut menjemput MEOVV, G-Dragon dan Daesung sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan.
G-DRAGON, TAEYANG & DAESUNG – ‘HOME SWEET HOME’ for Taeyang’s The Light Year in Seoul
cr. allurekorea #THELIGHTYEARINSEOUL #GDRAGON2025 #지드래곤 @IBGDRGN pic.twitter.com/vTLYcFPDBE
— G-DRAGON INTERNATIONAL (@gdragonintl) February 1, 2025
Melihat video yang dimuat naik peminat, G-Dragon dan Daesung masing-masing menyanyikan lagu solo mereka sebelum BIGBANG kembali bersatu di atas pentas untuk lagu “Home Sweet Home”.
Khususnya, ini merupakan reunion pertama mereka pada tahun ini selepas persembahan kejutan mereka di pentas Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2024.
Tak sabar nak tunggu BIGBANG buat ‘world tour’ pula!