Ikuti Kami:

Menyamar Jadi Pekerja Kedai Mi Bagi Buru Roh Jahat, Episod Awal ‘The Uncanny Counter’ Raih Rating Tinggi

Menyamar Jadi Pekerja Kedai Mi Bagi Buru Roh Jahat, Episod Awal ‘The Uncanny Counter’ Raih Rating Tinggi

Baru-baru ini telah ditayangkan satu drama baru di OCN, malah ia juga turut bersiaran di Netflix.

Sinopsis ringkas

“The Uncanny Counter” membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

episod awal the uncanny counter

Episod awal menarik

Kebanyakan penonton nampaknya memuji dua episod awal pengenalan kepada drama “The Uncanny Counter” ini. Ini kerana ia dilengkapi dengan komedi yang meghiburkan selain babak lawan yang juga mendebarkan. Pendek kata, memang cukup segala ramuan untuk membuatkan ia berjaya.

Mungkin kerana plot yang menyeronokkan, drama ini berjaya meraih rating yang baik untuk tayangan episod pertamanya iaitu 2.7% dan 3.5%. Bahkan ia berjaya raih rating yang tinggi untuk episod keduanya, apabila catatan itu melompat drastik kepada 4.4% dan 4.8%. Wow!

episod awal the uncanny counter

Siapa yang suka drama misteri dan kelakar seperti “The Uncanny Counter”, jangan lupa untuk menontonnya pada setiap Sabtu dan Ahad di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...