Akhirnya drama lakonan Ha Ji-won dan Kang Ha-neul sudah ditayangkan!
Sinopsis
Drama “Curtain Call” ini mengisahkan mengenai seorang wanita dari Korea Utara bernama, Ja Geum-soon lakonan Go Doo-shim yang tidak akan hidup dalam jangka masa yang lama dan pelakon Kang Ha-neul yang akan membawa watak sebagai Yoon Jae-hun sebagai cucunya yang bakal memenuhi kesemua hasrat neneknya.
Kisah berbelit bermula
[Amaran SPOILER]
Kisah bermula apabila Geum-soon terpisah dengan suami dan anaknya semasa pertempuran Heungnam pada 1950-an. Puluhan tahun kemudian, wanita itu menjadi pewaris kaya yang memiliki hotel francais Nakwon namun hanya mampu hidup 3 bulan sahaja lagi. Bagi memastikan Geum-soon meneruskan rawatan, Jung Sang-chul (Sung Dong-il) mencari anak kandung wanita itu iaitu Moon-sung namun terpaksa melupakannya kerana lelaki tersebut merupakan penjenayah kini.
Mencari jalan lain, Jung Sang-chul kemudiannya meminya Yoon Jae-hun untuk berlakon sebagai cucu wanita itu kerana kebolehannya berbahasa Korea Utara. Dek sangat memerlukan wang, lelaki muda itu mengambil peluang berkenaan dan mula hidup di kediaman Geum-soon.
Rating baik
Untuk episod pertama, “Curtain Call” meraih rating sebanyak 7.2% namun sedikit menurun kepada 3.1%. Namun ianya mungkin kerana siaran yang dilewatkan selama sejam dek perlawanan besbol di saluran itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.