Setiap orang pastinya akan melalui detik sukar mereka sendiri kan..
Baru-baru ini, Yu-gyeom GOT7 telah muncul dalam program YouTube bersama Draw Andrew, di mana penyanyi itu ada bercakap tentang masa sukar yang dia lalui. Pada awalnya dia berkata,
Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang sangat positif. Saya fikir saya tidak akan membiarkan sebarang tekanan atau halangan masuk ke dalam kepala saya. Namun, saya juga jatuh dalam tempoh kemerosotan. Saya memang mengalami detik-detik keletihan mental.
Kemudian, Yu-gyeom turut berkongsi bahawa ketika COVID-19 merebak, dia mempunyai jadual individu yang sedikit dan mengalami kesukaran dari aspek kewangan.
Saya aktif dengan GOT7 waktu itu. Antara semua ahli, saya mempunyai jumlah promosi individu paling sedikit. Di rumah, saya masih pencari nafkah untuk keluarga saya dan ketika itulah ia menjadi agak sukar untuk saya dari segi kewangan.
Jelasnya lagi,
Saya berasa sangat tidak senang, tidak melakukan apa-apa. Jadi saya mula fokus untuk membuat muzik. Saya hanya tinggal di bilik sepanjang hari dan membuat lagu setiap hari. Saya berkumpul kembali dengan orang yang saya kenali dari akademi tarian, membuat koreografi dan berlatih.
Fighting Yu-gyeom!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.