Ikuti Kami:

Menitis Air Mata, Park Sodam Akui Honey Lee Banyak Membantu Dirinya Dalam Filem ‘Phantom’

Menitis Air Mata, Park Sodam Akui Honey Lee Banyak Membantu Dirinya Dalam Filem ‘Phantom’

Sebelum filem “Phantom” ini ditayangkan, Park So-dam telah meluahkan perasaannya terhadap Honey Lee.

Baru-baru ini, Park So-dam telah ditemu bual di sebuah kafe di Seoul dan bercakap tentang filem baharunya “Phantom”.

Dalam filem tersebut, Park So-dam memainkan watak sebagai Yuriko iaitu seorang yang berkuasa dalam ketua kerajaan Joseon dan cuba untuk mengambil kesempatan.

Terdahulu, Park So-dam telah menarik perhatian media kerana menitiskan air mata sambil merujuk kepada Honey Lee yang bekerja dengannya dalam filem tersebut. Dia telah berkongsi,

Saya berasa aneh apabila mendengar suara Honey Lee.

Park Sodam terharu dengan honey lee

Park So-dam juga menyatakan,

Saya berterima kasih kepada Honey Lee kerana melayan saya dengan baik dan murah hati. Walaupun perbezaan umur kami yang besar, dia menjaga saya dengan baik dan membenarkan saya untuk bergantung padanya. Dia seperti ibu kepada saya sepanjang proses penggambaran.

Tambahnya pula,

Apabila Honey Lee melakonkan watak dengan nada Park Cha-kyung (nama watak) dalam sidang media, saya menangis kerana perasaan dua tahun lalu secara tiba-tiba datang semula kepada saya.

honey lee memujuk park sodam

Pada masa yang sama, dia berkata,

Apabila saya terjatuh ke dalam terowong gelap, Honey Lee terus menarik saya keluar. Dia menghiburkan saya dan memberi kekuatan kepada saya dengan berkata, ‘So-dam bergembiralah. So-dam lakukan yang terbaik.’

Mengenai adegan dimana dia berlakon bersama dengan Honey Lee, Park So-dam berkata,

Honey Lee menerima idea saya semasa latihan dan cuba dipadankan dengan lakonan saya. Apabila mental saya terkejut dengan babak penembakan itu, Honey Lee adalah orang yang menangkap saya dan menarik ke belakangnya. Saya masih ingat dengan jelas masa itu.

Baiknya Honey Lee, terharu betul!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...