Ikuti Kami:

Meninggal Dek Kemalangan, Pelakon ‘Coffee Prince’ Sebak Kenang 12 Tahun Pemergian Pelakon Lee Eon

Meninggal Dek Kemalangan, Pelakon ‘Coffee Prince’ Sebak Kenang 12 Tahun Pemergian Pelakon Lee Eon

13 tahun selepas drama popular “Coffee Prince” menamatkan tayangan, barisan pelakonnya kini telah berkumpul untuk satu dokumentari khas untuk naskhah tersebut. Antara yang hadir ialah Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Kim Jae-wook, Kim Dong-wook, Chae Jung-ahn dan Lee Sun-kyun.

Sepanjang drama itu berlangsung, memang kesemua pelakon dan juga staf produksi menjadi rapat antara satu sama lain. Bahkan orang pertama yang dihubungi oleh Kim Dong-wook selepas dia memenangi Anugerah Daesang ialah Kim Jae-wook, salah seorang putera di dalam “Coffee Prince” dan juga rakan baiknya.

Kalau anda perasan, dalam kalangan barista lelaki yang bekerja di kafe “Coffee Prince” itu ialah pelakon Lee Eon yang membawa watak Hwang Min-yeob. Dek telatahnya yang comel dan kelakar dalam drama itu, dia turut disayangi oleh ramai penonton.

lee eon coffee prince

Tapi sayangnya tak sampai setahun selepas drama itu selesai tayangan, pelakon lelaki itu telah pun meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan motorsikal. Kisah bermula apabila lelaki itu yang dalam perjalanan pulang selepas menyambut tayangan akhir drama “Strongest Chil-woo”, telah melanggar penghadang jalan di Hannam-dong sekitar jam 2 pagi. Dia yang patah leher tidak dapat diselamatkan semasa dibawa ke hospital berhampiran.

Menerusi dokumentari ini, barisan pelakon meluahkan rasa sedih apabila topik Lee Eon disebut oleh pihak produksi. Lebih menghibakan apabila tarikh penggambaran itu jatuh pada hari yang sama pada tanggal pemergian Lee Eon iaituu 21 Ogos selain hujan mula turun renyai-renyai semasa mereka menyebut mengenainya.

lee eon coffee prince

Kedua-dua Kim Jae-wook dan Kim Dong-wook menyatakan bahawa walaupun jangka hayat Lee Eon tidak panjang tetapi dia berjaya melakukan segalanya yang dimahukan. Mata Gong Yoo turut berkaca apabila nama mendiang disebut dan mengatakan, alangkah baiknya kalau juga boleh turut serta sama dengan dokumentari ini.

Menurut mereka, kesemua pelakon dan kakitangan drama “Coffee Prince” mengelak untuk menyentuh mengenai Lee Eon untuk satu jangka masa yang lama dek terkesan dengan pemergiannya. Bahkan Kim Dong-wook menjelaskan yang dia terus mengatakan bahawa semuanya adalah mimpi apabila menerima berita pemergian lelaki itu menerusi panggilan telefon daripada Kim Jae-wook.

lee eon coffee prince

Walaupun tidak dapat mengembangkan lagi bakatnya, Lee Eon tetap dalam kenangan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...