Ikuti Kami:

Mengimbau Era Dynamite! Team Kimchi Daily ‘Bina’ LEGO x BTS Dalam Masa 2 Hari

Mengimbau Era Dynamite! Team Kimchi Daily ‘Bina’ LEGO x BTS Dalam Masa 2 Hari

Rasanya ARMY satu dunia dan pecinta LEGO tau mengenai kolaborasi LEGO X BTS kan? Kami nak kongsi, baru-baru ni team Kimchi Daily telah diberi peluang untuk membina LEGO dengan konsep BTS dari era Dynamite.

Siapa tak nak? BTS kot!

Untuk pengetahuan korang, LEGO ni ada 749 pieces dan bagi kami yang first time cantum LEGO untuk jumlah yang besar ni, ia pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Tambah-tambah kalau korang ARMY, setiap kali korang siapkan satu part tu dia punya puas tu lain macamlah! Memandangkan idea LEGO ni pun daripada lagu popular Dynamite, jadi edisi LEGO kali ni merupakan refleksi daripada set Dynamite tu sendiri tau. 

Ada kedai CD/vinyl (RM), gelanggang bola keranjang (SUGA), van ais krim (V), signboard DONUT (Jimin), kafe (J-hope) dan pentas tarian mechanical (yang ni korang boleh gerakkan seolah-olah member BTS sedang menari).

Siap bina LEGO X BTS kurang 48 jam

LEGO BTS (Kimchi Daily)

Selalu kalau lalu depan kedai LEGO kami selalu terdetik, gigihnya siapa yang cantumkan LEGO satu-satu ni. Bila dah buat sendiri, ternyata nak bina LEGO ni perlukan kegigihan dan fokus yang tinggi.

Tapi korang tak perlu risau, sebab LEGO ni dia datang dalam bahagian-bahagian yang telah diasingkan, so takdelah korang pening. Lepas tu siap ada buku instruction, kalau kami boleh buat. Korang pun boleh!

Ni macam mana kami bina LEGO x BTS…

LEGO BTS (Kimchi Daily)

Jujur mula-mula dapat tu kami teruja, sebab pada bahagian depan kotak LEGO, dia tunjuk hasil yang korang akan dapat bila siap. Lepas tu, bila buka kotak terperanjat kejap tengok bongkah-bongkah LEGO yang kecil dan comel.

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily) LEGO BTS (Kimchi Daily) LEGO BTS (Kimchi Daily)

Dalam kotak tu ada buku arahan, sticker (untuk bahagian LEGO) dan plastik yang dilabel 1,2,3 dan 4. Untuk beginner, kami sarankan korang ikut je turutan nombor yang diberikan supaya korang tak ‘lost’.

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily)

Bahagian 1 kami ‘bina’ trak ais krim (boleh gerak), pentas tarian dan 2 ahli BTS iaitu Jin dan V. Bahagian 2 dah mencabar sikit sebab kami mula nampak bahagian besar untuk keseluruhan LEGO ni, di mana ada ada kedai CD/vinyl, bola keranjang dan 2 ahli BTS Suga dan RM. 

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily)

Kami secara jujur paling suka masa buat kedai CD/vinyl, seolah-olah berada dalam kedai yang jual album BTS. 

Masuk je bahagian 3, lebih banyak details yang dicantumkan seperti signboard DONUT, monumen donut besar atas bangunan (boleh pusing-pusing), kafe dan 2 ahli BTS Jimin dan Jungkook. Bahagian 4 pula, ada pokok kelapa, set pentas, signboard DISCO dan juga J-hope.

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily)

LEGO BTS (Kimchi Daily)

Macam yang kami bagitau awal-awal tadi, kami ni baru first time buat LEGO dengan jumlah yang banyak. Jadi kami bahagikan buat bahagian 1 dan 2 sehari, kemudian bahagian 3 dan 4 keesokkan harinya. 

Kalau korang dah pro, kami rasa sekejap je boleh siap. ARMY kan hebat!

Light It Up Like Dynamite dengan LEGO X BTS

Bagi korang peminat LEGO terutamanya ARMY, serius kami cakap LEGO ni berbaloi sangat untuk dimiliki. Setiap bahagian LEGO yang dicantumkan, pasti akan mengimbau MV Dynamite, sebab binaan sangat terperinci ya, dengar pula lagu Dynamite sambil buat tu, terus jadi lagi semangat.

Sedikit info, idea pembinaan LEGO x BTS ni merupakan daripada idea peminat dan rakan LEGO Josh dan Jacob, mereka ni juga ARMY tau. So no wonder la, details betul model LEGO ni.

LEGO x BTS ni telah pun mula dijual bermula awal Mac lalu pada harga RM449.90 di LEGO® Certified Stores (LCS). 

Untuk tempoh masa yang terhad, pembeli juga boleh menebus satu set poskad dan pelekat vinil edisi terhad apabila membeli set LEGO Idea BTS Dynamite. Sementara stok masih ada.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...