Ikuti Kami:

Menghiburkan & Realistik, Episod Awal ‘Monthly Magazine Home’ Catat Rating Baik

Menghiburkan & Realistik, Episod Awal ‘Monthly Magazine Home’ Catat Rating Baik

Tambah satu lagi drama yang anda boleh layan sekarang ini iaitu “Monthly Magazine Home”. Ramai yang cakap best, ya ke?

Sinopsis

Kisah romantik ini membawa kisah dua individu berbeza iaitu Na Young-won (Jung So-min), seorang wanita yang percaya rumah adalah ‘dihuni’ manakala Yoo Ja-sung (Kim Ji-suk) ialah seorang lelaki yang berpegang pada kepercayaan yang rumah adalah untuk ‘dibeli’. Langsung tak mempunyai padangan yang sama, duo ini sentiasa bertelagah antara satu sama lain namun mereka kemudiannya mula menilai masing-masing daripada sudut yang lain.

jtbc monthly magazine home

Disukai penonton

Kalau anda nak tahu, topik ‘hartanah’ sebenarnya sedang menjadi sebutan di serata Korea kini. Jadinya, tema drama ini yang mengangkat topik tersebut nyata menarik perhatian ramai untuk menontonnya.

Ianya juga mampu difahami ramai apabila Na Young-won yang sudah sekian lama duduk menyewa namun menanam impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun realiti tak selalunya indah kerana dia sudah beberapa kali hampir ditendang keluar kerana bebanan hidup.

Malah ianya disampaikan dengan bertenaga dan komikal lantas membuatkan ramai yang terhibur dan sekaligus memahaminya. Bukan itu sahaja, penonton turut memuji keserasian pelakon utama iaitu Jung So-min dan Kim Ji-suk.

jtbc monthly magazine home

Rating baik

Bermula dengan baik, “Monthly Magazine Home” berjaya meraih rating sebanyak 3.2% semasa episod awalnya meskipun menunjukkan sedikit penurunan kepada 2.275% semasa tayangan episod seterusnya.

Jalan cerita drama ini yang menghiburkan mungkin disebabkan oleh plotnya yang diarahkan oleh pengarah drama “Welcome To Waikiki” selain ditulis oleh penulis drama “Solo Drinking”. Patutlah best!

Korang kena layan ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...