Ikuti Kami:

“Mengecewakan..” Muat Naik Foto Luc*h, Pengarah ‘Squid Game 2’ Marah Park Sunghoon

“Mengecewakan..” Muat Naik Foto Luc*h, Pengarah ‘Squid Game 2’ Marah Park Sunghoon

Apabila terlalu popular, ia juga boleh membawa kepada pelbagai kritikan. Dalam kes “Squid Game 2”, walaupun ia menerima populariti global, ia juga dihujani kontroversi.

Dalam satu temubual baru-baru ini dengan pengarah Hwang Dong-hyuk, menjawab dengan jujur mengenai pelbagai kontroversi termasuk mengenai Park Sung-hoon yang tiba-tiba memuat naik parodi gambar lucah Jepun (AV) di Instagram miliknya.

Dengan ini, pengarah itu tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut dan tersinggung kerana karyanya, yang dia bekerja keras untuk disiapkan, sedang digunakan dan diedarkan sebagai AV.

Ia sangat tidak menyenangkan untuk dilihat. Saya sedar terdapat parodi AV seperti itu di luar negara sejak musim pertama. Oleh kerana ia berlaku di luar negara dan bukan domestik, kami tidak dapat menghalangnya, dan itu sangat mengecewakan.

park sunghoon

Tambahnya,

Ia merosakkan makna karya itu sendiri. Saya belum bercakap dengan Park Sung-hoon lagi, tetapi saya juga ingin tahu mengapa dia memuat naik sesuatu seperti itu.

Sebelum ini, agensi Park Sung-hoon menjelaskan bahawa pelakon itu tersilap memuat naik gambar berkenaan selepas mendapatnya dari peminat. Katanya, dia mahu menghantar ke agensi sebagai laporan namun termuat naik di Instagam Story miliknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Khan

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...