Utama Gossip “Mengata Jimin Depan Saya Tapi Pujuk Jimin Di Belakang Saya” – Mina...

“Mengata Jimin Depan Saya Tapi Pujuk Jimin Di Belakang Saya” – Mina Dedah Sikap Ahli AOA

mina dedah aoa buli

Nampaknya ada khabar angin bertiup mengatakan bahawa Kwon Mi-na iaitu bekas ahli AOA yang dibuli telah masuk ke salah satu kumpulan sembang peminatnya dan mendedahkan sedikit kisahnya bersama ahli AOA yang lain.

Pada 13 Ogos, ‘Galeri AOA’ telah berkongsi tangkapan skrin perbualan Mi-na dan peminat mengenai kes bulinya sepanjang aktif dengan kumpulan AOA. Daripada perbualan dalam aplikasi Kakao Talk tersebut, dapat dilihat wanita itu meluahkan perasannya mengenai ahli lain.

Sebab saya ‘unfollow’ Kim Seol-hyun dan Kim Chan-mi? Saya betul kisahkan Seol-hyun. Apabila Shin Ji-min menceritakan hal buruk mengenainya dan juga ahli lain, saya tak pernah bersetuju. Saya ada memberi nasihat kepada Seol-hyun kerana berasa risau. namun, dia cakap dia tak kisahkan hal tersebut dan cuma bencikan situasi tersebut.

Dia langsung tak pernah cari saya semasa saya melalui waktu yang sukar. Seol-hyun adalah seorang yang pandai dan ya, dia hanyalah pemerhati. Sangat bijak.

Chan-mi pula akan mengata Shin Ji-min di hadapan saya tetapi di belakangnya, dia akan memujuk Shin Ji-min. Dia masih lagi muda.

mina dedah aoa buli

Apa yang ditanyakan Chan-mi pada akhirnya? ‘Tak akan awak tak miliki memori yang baik?’ Saya cakap, ‘Tak ada’. Dan saya suruh dia keluar supaya saya dapat dengar permohonan maaf daripada Shin Ji-min. Saya tahu Chan-mi masih lagi muda, sebab itu saya terima sahaja apabila dia mengadu dan saya faham kenapa dia bertindak seperti itu.

Apabila Shin Ji-min keluar, mereka semua keluar bersama untuk memujuknya. Memang selalu begitu. Depan saya, mereka akan bercerita hal buruk Shin Ji-min.

kenyataan fnc entertainment mengenai mina
Dari kiri: Seo Yu-na, Kim Chan-mi, Shin Ji-min, Kim Seol-hyun, Kwon Mi-na, Shin Hye-jeong

Dek pendedahan tersebut, netizen tak berhenti menyebut tentangnya di serata laman komuniti. Sama-sama kita nantikan lagi berita lanjut mengenai pendedahan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTop Star News
Loading...