Sojang telah dihadapkan ke mahkamah diatas beberapa buah tuduhan.
Terkini, YouTuber Korea iaitu Sojang telah menjalani perbicaraan mahkamah selepas dia didakwa atas tuduhan memfitnah dan menyebarkan berita palsu mengenai selebriti Korea.
Akaun YouTube milik wanita berumur lingkungan 30-an ini juga penuh dengan video mengandungi kandungan yang berniat jahat terhadap penyanyi idola K-Pop termasuk Won-young IVE, aespa dan juga Kang Daniel.
Meskipun dia mengakui bahawa semua video itu telah dimuat naik olehnya, wanita itu mendakwa bahawa dia tidak tahu bahawa kandungan videonya adalah palsu. Malah, dia turut mendakwa bahawa semua kandungan tersebut ialah perkara yang benar dan bukan hanya sekadar fitnah.
Sementara itu, pihak mahkamah telah membuat keputusan untuk membekukan sejumlah besar aset milik YouTuber tersebut selepas mereka mendapati bahawa wanita itu telah menjana hampir RM 1 juta melalui saluran YouTube miliknya.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.