Ikuti Kami:

“Mencari Remaja Untuk Dijadikan Isteri & Lahirkan Anak” – Atuk Korea 60 Tahun Ditahan Polis

“Mencari Remaja Untuk Dijadikan Isteri & Lahirkan Anak” – Atuk Korea 60 Tahun Ditahan Polis

Semakin hari, semakin pelik kan manusia dalam dunia ini?

Terbaru, seorang datuk berusia 60 tahun di Korea telah ditahan kerana melanggar undang-undang yang melindungi hak kanak-kanak termasuklah serangan seksual dan paksaan melakukan perkara tak baik.

Hal ini berlaku kerana lelaki tua itu telah menggantungkan banting di hadapan sekolah rendah dan sekolah tinggi di Daegu di mana ia mengandungi ayat yang boleh merosakkan remaja bawah umur dan menyebabkan kemaluan.

Banting itu meminta pelajar supaya menjaga atuk itu seperti isterinya. Ianya digantung pada trak dengan harapan ada yang berminat dengan tawaran berkenaan.

Mencari perempuan dalam kalangan umur 13 ke 20 tahun yang tidak mahu belajar lagi dan sanggup mengorbankan diri untuk atuk berusia 60 tahun yang kasar dan tinggal bersendirian, boleh melahirkan anak buatnya serta melakukan kerja rumah. Sila hampiri trak ini.

korean old man

Lebih mengejutkan apabila atuk berkenaan pernah menjelaskan sebab banting itu digantung dalam sebuah program TV sebelum ini,

Saya mahu ibu dan anak tidak merasai sebarang jurang umur sekiranya saya mati nanti. Sebab itu, saya mahu perempuan senuda yang mungkin. Kerana saya anak sulung, saya perlu melahirkan anak supaya dapat menyelamatkan keturunan.

Pihak polis yang menerima laporan mengenai trak itu telah menangkap atuk yang terlibat. Dia kemudiannya ditahan kerana pengiklanan tak baik namun kembali ditangkap selepas melakukan hal yang sama di sekolah lain. Pada ketika tangkapan kedua, lelaki tua itu ditahan atas kesalahan serangan dan banyak lagi.

Pun begitu, atuk itu didedahkan mengalami masalah skizofrenia dan sedang menjalani rawatan kini. Malah peguamnya meminta penyelesaian secara baik dan bukannya hukuman. Katanya, atuk itu memerlukan rawatan dan bukannya hukuman.

Perbicaraan seterusnya mengenai kes ini akan berlangsung pada April nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...